Vivix untuk sakit lutut, penat dan kasih sayang ibu

Ramai antara kita yang masih mempunyai ibu bapa. Sebab itu harus sentiasa menghargai dan mengambil berat. Kadang kadang orang tua ni, suka sorok masalah kesihatan. Mungkin sebab tak nak anak susah hati, tak nak menyusahkan anak anak atau tak nak makan ubat dan takut ke hospital. Mungkin kita sebagai anak boleh dapatkan altenatif rawatan yang lebih selamat untuk ibu bapa. Vitamin semulajadi lebih serasi dengan badan dan tidak memudaratkan badan. Macam Ija dan suami yang telah memberikan Vivix untuk ibu mereka. Hasil perkongsian di bawah ni adalah tulisan suami Ija sendiri.

Ini cerita suami Ija, 

Setiap kali balik kampung, mak memang sentiasa ceria menyambut kami sekeluarga balik, macam-macam dibuat dan dimasak nak melayan cucu yang makin lama makin aktif menyediakan bilik tidur untuk kami berehat… alhamdulillah sayang betul mak pada anak-anak dan cucu-cucunya… 

Tapi lama kelamaan nampak sikit perubahan disebalik wajah yang sentiasa ceria dan tersenyum, kadang-kadang terkeluar dimulutnya “mak tak berapa larat la nak naik tangga ke atas lutut sakit, cekang beluting (bahasa kampung di perlis, cekang betis)” so takpelah kami naik atas mengemas sendiri, tiada masalah sebenarnya memang kami taknak menyusahkan mak. 

Sekali lagi bila dia mendukung cucu nya “tok tak boleh angkat lama-lama cucu oiii sat lagi kebaih tangan lutut semua” kata mak. Dalam hati saya dulu releks je angkat, sekarang ni lain macam pulak errrmm. Takpelah mungkin sebab faktor umur kot… lagi pun cucu dia pun makin lama makin besar memang lah tak larat. Saya sendiri pun kadang-kadang letih. hehehe

Satu hari ternampak mak tengah sembahyang atas kerusi, aikkk bila masa plak sembahyang atas kerusi ni, teruk jugak ke sakit lutut dia?. Lepas je sembahyang terus interview mak. ” Lama dah ka semayang atas kerusi? sakit sangat ke lutut? jatuh ka? ” macam-macam soalan yang saya tanya macam peluru berpandu. Mak senyum je sambil explain satu persatu. Dah lama rupanya dia sakit cuma tak tunjuk sangat tapi sejak dua menjak ni makin teruk sikit kadang-kadang sampai nak kebas separuh badan, lutut pun tak boleh bengkok time nak sujud. Aduhhh tersentak jugak time tu, masakan supermak saya yang power ni kehulu kehilir dengan senjata peperangan (senduk dan penyapu) tiba-tiba kurang sihat. Macam-macam jugak lah mak minum dan makan tapi sama juga. Walaupun sakit tapi mak masih senyum. Susahlah nak tengok dia mengeluh penat ke atau sakit ke. 

Balik ke KL saya kaji sikit tetang vivix dah kebaikan nya memandangkan isteri saya dah join shaklee dan shaklee ada satu produk yang namanya VIVIX. Setelah mengoogle saya terjumpa tetang cara vivix ni bertindak.

1. Mempertahankan sel (cell defense)

vivix shaklee cell defense

2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)

shaklee vivix cell energy

3. Memperbaiki sel (cell repair)

shaklee  vivix cell repair

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)




So saya terpikir kalau yang jenis macam ni mesti sesuai sangat sebab selalunya orang yang berumur sel-sel makin kurang dan performance tak macam anak dara umur 17 tahun ye tak? Masalahnya vivix ni mahal le pulak. Setelah berbincang dengan isteri, dia pun setuju try sajalah duit boleh cari tapi kalau mak?.  

Tanpa lengah lagi dengan semangat membara bak api gunung berapi saya menghadiahkan mak dengan sebotol vivix. Sekali dia tanya saya balik ” Apa benda ni hang nak bagi kat aku ni, makan pulak satu sudu kecik saja, berkesan ka?”. “Try dulu mak jangan lupa baca bismillah, niat kita nak berubat kalau Allah izin mak baik kami dah cukup gembira, boleh solat tanpa guna kerusi pun kira dah syukur lah” kata saya. Minggu kedua lepas dia minum saya follow up, macam doktor plak kan… tanya dia… alhamdulillah ada kesan positif dia rasa ok sikit tapi still sembahyang atas kerusi.

Lepas sebulan setengah rasanya balik semula ke kampung melawat mak dan abah. Alhamdulillah syukur sangat dia kata dia dah boleh sembahyang tanpa kerusi kebas-kebas pun dah kurang, dengan cucu bukan main ligat lagi mengejar cucu yang tak reti nak duduk diam. Diam-diam saya mengalirkan air mata kegembiraan. Walaupun pengorbanan saya tak sama dengan mak yang membesarkan saya sekurang-kurangnya dapat lah jugak tolong dia walaupun sedikit. Siapa yang tak gembira boleh bantu orang kan? 

Tq for sharing. Credit to Ija dan suami.

Jika kita menolong dengan ikhlas, insyaAllah Allah akan membalas berlipat kali ganda. Jadi, jangan berkira tentang kesihatan, apa lagi kesihatan ibu bapa yang telah berjasa. Badan kita ni pun, kalau tak dijaga dengan pemakanan yang baik dan gaya hidup yang sihat, banyak penyakit boleh datang dan tak kira masa. Wang boleh dicari, nikmat kesihatan tidak ternilai. Hanya orang pernah rasa sakit, menghargai nikmat ketika sihat.

Lebih banyak info berkenaan vivix di sini dan testimonial vivix di sini.

Nak beli vivix klik sini

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂