Vitamin untuk anak susah makan

Ibu abah mesti risau bila anak kurang berat badan dan mencari cara untuk meningkatkan nafsu makan mereka. Vitamin untuk anak susah makan akan membantu mencukupkan apa yang kuräng namun makan tetal kena makan. Nutrien dari makanan bukan saja untuk bagi kenyang tapi menyumbang pada pembesaran, pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Fungsi makanan termasuklah memberi perlindungan terhadap penyakit, beri tenaga dan bantu perkembangan fizikal dan mental.

Tiada satu makanan yang dapat cover segala aspek keperluan anak kita, apa lagi jika mereka jenis susah dan memilih makan. Tubuh manusia ada pelbagai fungsi seperti penghadaman, kognitif,  pengecutan otot dan pengerasan tulang. Perkembangan anak pula sangat cepat pada zaman kanak-kanak. Jadi keperluan nutrian juga pelbagai untuk penuhi fungsi yang berbeza ini.

Saya kongsikan vitamin penting dan kritikal untuk anak kita serta sumbernya. Kalau anak hanya suka 1 jenis makanan sahaja dan ada lopong pada keperluan nutrien yang lain, boleh top up dengan Meal Shakes, supplemen dalam bentuk serbuk untuk dibancuh yang kaya dengan serat, protein dan multivitamin. Ada juga testimonial vitamin ini dapat bantu anak yang susah makan, meningkatkan nafsu makan mereka. Yang penting, lopong – lopong kosong akibat suka memilih makanan dan susah makan dapat terisi.

Nutrien
Fungsi  
Sumber 
Kalsium
  • Bina tulang dan gigi yang kyat
  •  Galakkkan fungsi saraf dan otot yang sihat. 
  • Bantu pembekuan darah.
  • Kekalkan denyutan jantung yang normal.
Susu, yogurt, keju, produk tenusu, sardin, ikan bilis, tauhu, tempe, bayam, kailan, brokoli.

Zat Besi

  • Penting untuk hasilkan hemoglobin, pigmen merah yang membawa oksugen di dalam darah 
  • Juga untuk penghasilan myoglobin, pigmen yang menyimpan oksigen di dalam otot.
Daging tanpa lemak, ayam telur, ikan, hati, sayur hijau seperti bayam, kangkung dan kailan.

Magnesium
  • Bantu kekalkan tulang yang kuat dna rentak jantung yang mantap. 
  • Menyokong sistem imun
  • Membantu kekalkan fungsi otot dan saraf
Rumpai laut, kekacang, kajang  avakado dan biji-bijian seperti kacang badam, biji bunga matahari dan bijan.

Zink

  • Zink diperlukan oleh enzim yang membantu dalam penghadaman dan metabolisme.
  • Penting untuk pertumbuhan
Daging lembu, ayam, ikan dan kekerang. Kacang, biji-bijian, legum dan bijiris penuh superti bran dan germa.

Vitamin A
  • Penting untuk mata dan pertumbuhan tulang
  • Melindungi tubuh dari jangkitan.
  • Galakkan kesihatan dan pertumbuhan sel dan tisu dalam tubuh termasuk rambut, kuku dan kulit.
Hati, telur, betik, mangga, lobak merah, keledek, labu, sayur berdaun hijau superti bayam, kangkung dan kailan.

Vitamin D
  • Membantu tubuh menyerap mineral seperti kalsium dan membina gigi dan tulang yang kuat.
  • Penting untuk capai potence pertumbuhan dan jisim tulang.
Minyak ikan, susu lembu yang diperkaya, sardin, hati ayam dan kuning telur.

Vitamin E
  • Menghadkan penghasilan radikal bebas yang meroskakan sel.
  • Penting untuk immuniti, membaiki DNA dan proses metabolik.
Minyak kepala sawit, minyak bran beras serta bahagian bran dan germa bijirin seperti oat, barli dan beras.

Iodin
  • Iodin digunakan oleh kelenjar tiroid untuk membantu  kawal metabolisme dan perkembangan rangka dan otak.
Rumpai laut, ikan laut dan kekerangan.

Riboflavin
 ( Vit B2)
  • Diperlukan untuk metabolisme tenaga
  • Membina tisu
  • Mengekalkan penglihatan yang baik.
Susu, hati, kacang kuda, dal, telur dan daging lembu.

Niasin 
( Vit B3)

  • Penting untuk ubah makanan ke tenaga.
  • Sokong fungsi sistem penghadaman, fungsi dan saraf serta memperbaiki peredaran darah.
Daging lembu, ikan, ikan bilis, kacang, bijirin penuh dan tepung gandum bijirin penuh.

Ibu yang menyusu boleh bekalkan nutrisi ini melalui susu ibu kerana susu ibu sudah lengkap berkhasiat.

Untuk anak-anak saya memang saya tambah dengan Mealshakes dalam minuman susu harian mereka, 2 kali sehari sebanyak 1 sudu penuh Mealshakes. Anak-anak saya ini ketegori memilih makanan jugalah tapi setiap hari akan makan nasi juga.

Kalau anak sulung suka dia suka makan ayam, telur putih, ikan dan sotong dengan nasi atau spageti, janji tak pedas. Jadi antara menu lauk selalunya, sup ayam, ayam masak kicap, ayam goreng, ikan sweet sour dan sotong masak singgang, sotong goreng tepung dengan telur masin. Buah yang dia makan hanya epal dan pisang. Sayur pula mengada-ngada tak nak tapi kalau selit-selit tu makan juga cendawan dan bayam.

Kalau warna oren sikit atau berempah dah tak nak cuba dan kata pedas. Kurang food adventure berbanding dua adiknya.

Apa yang ada dalam Mealshakes hingga menjadi keyakinan dan pilihan saya dan ramai ibu bapa lagi?

Senarai keperluan nutrien seperti jadual di atas pasti ada iaitu zat besi, zink, iodin, riboflavin, niasin, vitamin E, kalsium, vitamin A dan vitamin D. Sejumlah 1/4 cawan Mealshakes setiap hari mampu membekalkan 1/3 dari keperluan nutrisi harian kanak-kanak. Malah diperkaya dengan 30% protein dan 3gram serat yang sangat diperlukan anak-anak apa lagi jika mereka susah makan dan gagal mendapatkannya dari makanan utama harian.

Mealshakes untuk penuhi keperluan nutrisi
Kandungan Mealshakes Shaklee untuk kanak-kanak

Kenapa kita perlukan tampung kekurangan nutrisi ini bila anak susah nak makan dan kurang nafsu nak makan? Kita nak elak dan taknak anak kita alami simptom-simptom akibat kekurangan nutrisi ini 

  • Kegagalan membesar dengan normal dari segi berat dan tinggi
  • Berubah tingkah laku seperti cepat letih, lesu dan resah dari biasa
  • Perubahan warna rambut dan kulit
  • Ambil masa yang lama untuk sembuh bila sakit dan bila kena jangkitan atau luka
  • Kurang daya tumpuan
  • Kerap alami cirit birit
  • Murung

Jom bantu anak kita untuk penuhi keperluan nutrisi mereka hingga mereka dapat capai potensi diri dan hidup dengan lebih sihat , aktif dan ceria.

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382
Order dengan saya sekarang !
Order Mealshakes terus dengan E-Sell Shaklee jika ada credit card debit card

Shaklee Pick Up / Meeting / COD : Bandar Bukit Raja, Setia Alam, Meru, Klang, Shah Alam.
Pos ke 1 Malaysia.