Vitamin tambahan untuk ibu mengandung

Vitamin tambahan antenatal untuk ibu mengandung menyumpang untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Apa vitamin ibu mengandung yang disyorkan dan kenapa akan terjawab di sini. Ramai ibu mengandung mengharapkan kehamilan yang bebas dari mabuk, loya dan dapat makan makanan kesukaan seperti biasa. Namun, kerana kebanyakkan ibu mengandung tidak dapat diet seimbang yang diperlukan dan sukar mengelak dari mabuk, muntah dan memilih makanan semasa hamil, vitamin tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk ibu mengandung mendapat nutrisi harian yang sepatutnya, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung.

Apa senarai vitamin tambahan untuk ibu mengandung?

Asid folik adalah vitamin tambahan yang sinonim yang diperlukan sejak dari merancang untuk hamil, seterusnya diterusnya sekurang kurangnya 3 bulan pertama atau lebih semasa hamil. Kekurangan vitamin B ni dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Keperluan asid folik ni penting untuk mencegah kecacatan. Supplemen Shaklee yang mengandungi asid folik adalah B Complex, Vitalea dan Meal Shakes.

Ada juga pakar yang mencadangkan 10 mcg vitamin D setiap hari tapi memandangkan cuaca di Malaysia, kita mungkin telah mendapat bekalan secukupnya. Jika tidak, pakar akan menasihatkan ibu mengandung untuk mendapatkan bekalan vitamin D tambahan.


Zat besi semasa kehamilan juga akan diperiksa dari semasa ke semasa. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen untuk memastikan keseluruhan fungsi badan. Ibu mengandung yang kerap rasa letih, sakit , terganggu atau lemah..janga abaikan gejalan ini dan menganggap perkara biasa. Hakikatnya 1 dari 3 orang wanita yang sering mengalami masalah ini adalah kerana anemia atau kekurangan zat besi. Jika tidak dirawat, kemungkinan ibu dan bayi mengalamai kesan jangka masa panjang.

Ibu mengandung yang berisiko untuk menghadapi anemia, boleh mengawal kandungan darah. Apabila bilangan sel darah merah kurang dari normal(12-15mg/dl), ibu menghadapi risiko animeia paling umum iaitu kekurangan zat besi. Dianggarkan wanita memerlukan tambahan 50% lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu dari 15 ke 27mg/dl sehari. Keperluan zat besi yang mencukupi menurunkan risiko anemia semasa hamil yang berkait dengan risiko keguguran, kelahiran pramatang, berat bayi yang dilahirkan rendah dan kemungkinan ibu meninggal semasa bersalin. Ibu mengandung disyorkan mengambil suplemen Shaklee, Vitalea yang mengandungi formula zat besi.
Selain itu, pengambilan Vitamin C bersama zat besi membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Jadi ibu mengandung juga digalakkan mengambil tambahan vitamin c selain untuk meningkatkan imun badan. Manakala teh dan kopi mengurangkan kadar serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Vitamin A semasa mengandung yang berasaskan haiwan boleh menjadi toksin dan merbahaya untuk bayi jika diambil berlebihan. Vitamin A jenis karotin yang berasaskan tumbuhan seperti Vitalea atau Carotomax Shaklee lebih selamat untuk kehamilan. Pastikan setiap supplemen yang diambil tidak melebihan dos yang disyorkan.

Khas untuk ibu mengandung yang vegeterian atau disahkan mempunyai penyakit semasa kehamilan seperti diabetis, praeklampsia, anemia, ada sejarah kelahiran bayi yang rendah berat, diet dan vitamin tambahan khas sangat diperlukan. Jadi maklumkan doktor yang merawat anda.

Vitamin Ibu mengandung Shaklee : Omega Guard, Vitamin C, B Complex, Vitalea, Ostematrix
Omega Guard, Vitamin C, B Complex, Vitalea, Ostematrix

Ibu mengandung yang mencari vitamin tambahan yang selamat boleh mengamalkan rangkaian vitamin semulajadi Shaklee seperti 

Set J1 ( trimester 1) : B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix(kalsium)
Set J2 (timester 2 dan 3) : B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Omega Guard(fish oil)

Tambahan Energizing Soy Protein disyorkan untuk ibu yang masih menyusu semasa hamil, yang sering penat dan berpuasa.

Performance Drink adalah minuman yang membantu mengekalkan bendalir dalam badan dan digalakkan mengambil semasa cuaca panas dan berpuasa.(selepas berbuka & sahur)

Meal Shakes adalah pilihan ibu mengandung yang sukar menelan pil dalam set J1 dan J2. Mealshakes mengandungi multivitamin, protein dan serat untuk tampung kekurangan nutrisi harian.

Energizing Soy Protein, Meal Shakes, Performance Drink
Energizing Soy Protein, Meal Shakes, Performance Drink
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂