Vitamin E untuk keintiman

Umum mengetahui bahawa Vitamin E merupakan agen anti-penuaan dan anti-oksida yang sangat berkuasa. Namun, tahukah anda bahawa Vitamin E juga turut dilabelkan sebagai vitamin untuk kesihatan seksual (sex vitamin)? Ini kerana Vitamin E memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan hormon seks serta merangsang libido.

Saya selalu kongsikan khasiat Vitamin E terutama untuk kecantikan kulit, kesihatan jantung dan untuk penyembuhan luka. Maka, kali ini kami akan fokus kepada peranan Vitamin E untuk kesihatan seksual, atau lebih spesifik, bantu menghangatkan hubungan intim suami isteri.

Peranan Vitamin E kepada suami:
* Lebih tenaga (seksual)
* Ereksi yang lebih lama
* Lebih mudah terangsang
* Libido yang lebih kuat
* Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vitamin E kepada isteri:
* Lebih tenaga (seksual)
* Lebih mudah terangsang
* Libido yang lebih kuat
* Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.



credit


Untuk lebih umph, pilihlah vitamin e bersama alfalfa kerana kedua-duanya sangat baik untuk golongan wanita mahupun lelaki.



Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com