Vitamin kawal gula untuk elak kencing manis melarat

Kalau dah disahkan kencing manis tapi gula tak turun-turun juga, banyak sakit lain boleh datang..termasuklah kena potong kaki, sakit jantung, senang penat, tekanan darah tinggi !!! Akan berangkai-rangkai.

Komplikasi penyakit diabetis

Kalau ambil ubat yang banyak pula..boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Kena pula dialisis. Aduh..bertimpa-timpakan.. Jadi top uplah dengan supplemen semulajadi yang lebih selamat dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Sebaiknya vitamin diambil sebelum kita disahkan sakit lagi. Namun, bila dah kena sakit kencing manis sekalipun, masih belum terlambat untuk mulakan regimen vitamin. Vitamin sangat bagus untuk elak sakit makin melarat dan bantu kawal kandungan gula dalam darah. Pentingkah? Mau tak penting!

Saya kongsikan kepentingan vitamin Shaklee untuk bantu pesakit kencing manis supaya dapat elak komplikasi akibat kencing manis yang tidak terkawal kelak! Untuk tingkatkan kesihatan pankreas dan insulin dan tau simptom awal diabetis boleh tengok sini.

Dalam set kawalan paras gula kami ada 7 supplemen lengkap yang saling melengkapi! Jika anda dah sakit kronik dan betul fobia, trauma, sungguh-sungguh tak mahu dibayangi dengan penyakit kronik lain, cepat-cepatlah ambil set kawalan paras gula ni. Saya ceritakan lebih detail kepentingan setiap supplemen ini.

Fungsi Zink untuk Kencing Manis

Zink sangat penting untuk membantu pembentukan insulin. Insulin pula adalah sangat penting untuk semua orang bukan saja pesakit kencing manis. Ia memainkan peranan UTAMA untuk menukarkan gula kepada glukosa dan membawanya ke sel untuk menjalankan fungsi badan. Insulin bertindak sebagai termostat. 

Jika gula banyak, insulin akan menukarkan kepada glukosa supaya kandungan gula dalam darah kembali stabil. Namun untuk pesakit kencing manis jenis 1, insulin tidak ada untuk menjalankan fungsi ini. Manakala untuk pesakit kencing manis jenis 2, insulin masih tidak mencukupi atau insulin tidak berfungsi dengan sempurna untuk menjalankan tugasnya menukarkan glukosa. Sebab itu, saya cadangkan pengambilan zink untuk kencing manis yang dapat membantu penghasilan insulin.

Fungsi Vitalea untuk Kencing Manis

Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk kita. Untuk pesakit kencing manis terutamanya, kandungan kromium di dalam vitalea membantu untuk toleransi gula. Dengan adanya kromium mencukupi, ia membantu fungsi insulin lebih efisyen 10 kali ganda.

Mangan juga ada fungsinya. Ia menjadi faktor enzim bekerja dalam metabolisme gula. Kandungan mangan dalam 1 tablet vitalea adalah 1mg. Biasanya pesakit kencing manis mengalami kesusutan kandungan mangan di dalam badan. Jadi, bantu badan dengan mengambil supplemen ini.

Magnesium juga membantu penghasilan insulin, seperti zink. Malangnya, didapati orang kencing manis selalu kurang magnesium. Paling penting, magnesium membantu menurunkan komplikasi akibat kencing manis. Haruslah tidak diambil ringan jika tak mahu luka lambat baik atau kaki dipotongkan. Paling best, dalam Vitalea adalah nutrisi yang penting ni.

Fungsi GLA untuk Kencing Manis

Kebiasaannya pesakit kencing manis akan alami kebas tangan akibat saraf yang menjadi kurang sensitif. Jadi, sebab itu anda perlu amalkan GLA untuk tingkatkan fungsi saraf dan masalah kebas kaki dan tangan anda. Selain tu GLA bantu penghasilan hormon insulin yang kritikal itu.

Fungsi protin rendah g.i untuk Kencing Manis

Semua orang tahu, orang kencing manis kena kawal makan tapi berapa ramai yang ikut aturan itu? Menurunkan berat antara cara menurunkan risiko kencing manis tapi perlulah dengan cara yang betul Protin tetap kena ambil diet macam mana pun terutama pesakit kencing manis. Protin la sumber nak bina semula kulit jika luka dan penting untuk pembinaan hormon.

Jadi wajib memilih protin yang berkualiti, betul2 dapat membantu pemulihan tapi dalam masa yang sama rendah gula, rendah lemak dan tidak menggemukkan. ESP atau Energizing Soy Protein ni adalah yang terbaik kerana ia protin tumbuhan dari kacang soya yang tidak membebankan buah pinggang untuk memprosesnya, rendah lemak dan FREE dari kolestrol. Baguskan?

Lagi bagus sebab ia rendah indeks glimeks, iaitu 39. Indeks glisemiks yang rendah menjadi tanda aras bahawa gula yang dibebaskan ke dalam darah dalam kadar perlahan. Sesuai sangatlah dengan pesakit kencing manis yang tak boleh gula banyak dan naik mendadak!

Fungsi Vivix untuk Kencing Manis

Vivix adalah botanikal supplemen yang tinggi anti oksida sebabnya vivix kaya resveratrol. Resveratrol ni tumbuhan polyphenol yang memang kaya anti oksida. Menurut kajian resveratrol menurunkan rintangan terhadap insulin.

Testimonial seorang pengidap kencing manis menyatakan bacaan darah yang bertahun-tahun sukar nak turun walaupun dengan pengambilan ubat kencing manis, berjaya turun ke paras normal selepas amalkan sebotol vivix. Malah ada yang hampir nak dipotong kaki tapi tak jadi sebab masih boleh diselamatkan selepas amalkan sebotol vivix.

Fungsi Alfalfa untuk Kencing Manis

Alfalfa membantu membuang toksin dan menurunkan paras gula. Kromonium dalam alfalfa shaklee membantu fungsi insulin untuk jadi 10 kali lebih efektif. Hebatkan.! dan Alfalfa ni raja tumbuhan yang banyak sangat mineral lain yang penting dan membantu detoks. Ha..tak pasal-pasal boleh kurus dan turunkan berat sekaligus!

Fungsi Vitamin C untuk Kencing Manis

Vitamin C diperkaya dengan bioflavonoids yang eksklusif. Quercetin, salah satu elemen dalam bioflavoniods berfungsi menyekat enzim yang membawa kepada pengumpulan ofsorbitol, yang telah dikaitkan dengan saraf, mata, dan kerosakan buah pinggang dalam diabetes.

Pesakit kencing manis sering menghadapi kekurangan vitamin c yang boleh dilihat apabila luka lambat sembuh. Salah satu punca sebab kenapa vitamin c gagal sampai pada sel yang memerlukannya adalah kerana insulin tidak berfungsi, masalah yang sering dihadapi oleh pesakit kencing manis. Jadi top up lah keperlulan vitamin c yang kritikal ni.

TOLONGLAH jangan ambil mudah kalau sudah disahkan ada kencing manis atau mempunya family history kencing manis. Amalkan supplemen semulajadi Shaklee yang terbukti membantu sekarang juga! Jaga makan dan turunkan risiko komplikasi akibat kencing manis secepat mungkin supaya anda tak menyesal bila doktor kata kaki anda perlu dipotong !

Pengedar Shaklee untuk Vitamin Kawal Gula