Trauma Gout menyerang ketika seorang diri, Ketahui tip elakkan serangan gout !

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih segar dalam ingatan saya, 2 tahun lepas semasa maklang saya pulang ke kampung dan anak sulungnya yang berusia lewat 20-an yang masih bujang tinggal seorang diri di rumah. Suatu hari, maklang menalefon dan minta tolong kami untuk jenguk anaknya kerana anaknya tiba-tiba sakit kaki dan tidak mampu bangun.

Suami saya pergi dan memapahnya untuk ke klinik berdekatan. Rupanya sepupu saya tu diserang gout. Buku lalinya bengkak, kemerahan dan rasa panas, sakit yang teramat sampai tak boleh nak bergerak.

Ketahui Cara Elak Serangan Gout Berulang !

Apakah tanda-tanda diserang GOUT?

Selepas ke klinik, doktor mengjangkakan beliau kena serangan gout. Bahaya betul kalau diserang gout dan tinggal seorang diri. Boleh kebulur dan kelaparan tu kalau sakit tak berkurang. Mesti trauma betul dia.

Serangan gout terjadi tiba-tiba tanpa ada petanda awal. Selalunya anggota badan yang terbabit adalah jari kaki, tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Kawasan yang terbabit akan rasa sakit dan bengkak. Walaupun gout sering menyerang lelaki, tetapi tak mustahal perempuan pun boleh kena gout.

Sendi yang diserang boleh jadi kaku dan panas juga. Bila disentuh dan bergerak rasa sakit yang teramat. Jangan biarkan tetapi dapatkan rawatan segera kerana sendi boleh rosak.

Kenapa Gout Boleh Terjadi?

Gout terjadi bila asid urik terhasil secara berlebihan. Asid urik ni memang secara semulajadi terhasil dalam darah dan akan dibuang oleh buah pinggang. Namun bila asid urik sudah berlebihan, ia akan menjadi kristal, terkumpul di sendi sampai menyebabkan bengkak.

Masih tak faham, video info gout ni dapat membantu

Macam mana gout dikesan?

Doktor boleh kesan penyakit gout dengan mengambil cairan sendi dan kesan kehadiran kristal asid urik. Selain itu, tahap asid urik juga  boleh diuji dengan ujian darah.

Apakah Rawatan Penyakit Gout?

Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan gout terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.

Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid urik dalam darah dengan menyekat penghasilannya.

Antara Punca Gout Boleh Terjadi?

Oleh kerana, gout berpunca dari penghasilan asid urik berlebihan, kita boleh mengelakkan penghasilkan asid urik dengan mengawal pemakanan yang menggalakkan asid urik.

Makanan yang patut dielakkan oleh pesakit gout adalah :

  • Makanan laut seperti kerang, ikan sardin dan ikan bilis
  • Sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam
  • Daging merah
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati, jantung
  • Cendawan
  • Yis dari roti putih dan roti manis

Supplemen Tambahan



Selain itu, untuk mengurangkan keradangan atau bengkak sendi pesakit gout, anda boleh mengamalkan Omega Guard Shaklee yang membantu mengurangkan inflamasi atau bengkak. 
Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan omega 3 yang tulen dan berkepekatan tinggi selepas melalui 3 peringkat penyulingan untuk menyingkirkan logam berat dari laut seperti merkuri, lead, kadmium arsenik, dioxins, PBCs dan pencemaran lain. Penting untuk pastikan supplemen kita bebas dari kandungan logam bahaya ni supaya tidak datangkan mudarat.
Omega Guard Shaklee terbukti selamat dan berkesan.
Kesan Omega Guard pada pesakit gout ini

Kajian terhadap resveratrol juga membuktikan, pengambilannya membantu mengurangkan asid urik juga menurunkan risiko serangan gout. Vivix Shaklee mengandungi kandungan resveratrol 10 kali ganda dan sangat sesuai diambil sebagai langkah pencegahan dan supplemen untuk elak gout semakin parah.
Kajian saintik kesan Resveratrol pada serangan gout menunjukan resveratrol mengurangkan serangan gout kerana bersifat anti inflamasi dan menurunkan paras asid urik.
Kesan Vivix Shaklee pada pesakit gout, Pakcik Hasmad.

Jadi, setelah saya kongsikan info pasal penyakit gout, punca, makanan yang patut dielakkan dan supplemen yang membantu, harapanya, para pembaca dapat bertindak dengan bijak. Buat pilihan yang terbaik dan tidak terus sengsara menanggung kesakitan.

Jika berminat untuk mendapatkan supplemen Omega Guard dan Vivix Shaklee, boleh hubungi pengedar Shaklee Pro ini. Tanya juga cara menjadi ahli Shaklee supaya mendapat harga lebih rendah.

pengedar shaklee setia alam
Pengedar Shaklee Set Gout