Tips Dapat Anak..Menyubur dan menyihatkan sperma lelaki

Tahu tak yang sperma yang tidak sihat juga boleh membawa kepada ketidaksuburan dan punca gagal dapat anak? Jika usaha bersama-sama diambil kira, mungkin masalah ini dapat diatasi.

Namun, kalau mengaitkan hal kesuburan dan tidak dapat anak, cepat je kebanyakan orang menuding pada isteri kan. Walau kadang dan kebanyakannya isteri tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Malah isteri juga yang berusaha bagai makan itu ini, berubat itu ini dan belikan sekali untuk suami semata untuk mendapatkan zuriat.

kesuburan lelaki

Kaum suami silalah ambil perhatian. Mari baca ini yang dipetik dari sebuah majalah terkemuka keibubapaan.

Hampir setengah daripada kesulitan kesuburan dikaitkan dengan masalah sperma. Ha terbukti kan? Berikut adalah tip-tip untuk menjaga “kesihatan sperma” suami anda.

DIA PATUT:

Makan Buah Oren Dan Bukan Keropok Udang

Dengan memakan buah buahan, sayur sayuran, bijian penuh dan protein rendah lemak, ia dapat membantu seorang lelaki daripada kekurangan nutrien untuk menghasilkan sperma yang terbaik. Vitamin C dan E, zink dan asid folik adalah amat penting. Info lanjut sini.

Berhenti Merokok

Menhgisap rokok membentuk radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel, merendahkan jumlah sperma dan menghapuskan kualiti sperma. Tabiat bapa yang suka merokok juga akan meningkatkan peluang anak-anaknya kelak mendapat leukimia dan limfoma. Tolong ye papa, kesian anak-anak nanti.

Kaji Semula Ubat-ubatan Yang Diambilnya

Sesetengah ubat-ubatan termasuk steroid dan ubat bagi mengurangkan tekanan darah tinggi, ulser, keguguran rambut dan depresi akan menyebabkan sperma seorang lelaki berkurangan dan sekaligus menyukarkan dia bergelar bapa. Setiap ubat-ubatan yang diambil, samada di farmasi atau yang dipreskripsi oleh doktor harus diperiksa oleh doktor atau ahli farmasi bagi sebarang kesan sampingan terhadap kesuburan.

Kurangkan Berbasikal Gunung

Jika seorang lelaki kerap berbasikal bukit, dia boleh menyebabkan kerosakan pada testis yang mana ia akan mengurangkan keupayaannya menjadi seorang bapa. Dia perlulah berehat di perhentian, memakai seluar pendek yang mempunyai pelapik dan menggunakan tempat duduk yang mengurangkan hentakan walaupun jika dia menunggang basikal di jalan raya.

Teruskan Mencuba

Jika dia berumur lebih daria[da 30 tahun, dia patut memikirkan untuk merancang mendapatkan anak dengan segera. Satu kajian yang dilakukan kepada lelaki yang tidak merokok mendapati lelaki yang berusia 50 tahun menghasilkan 20% kurangsperma daripada lelaki berumur 30 tahun. Para pengkaji menganggarkan volume sperma dan kebolehgerakannya menurun sebanyak 5% setiap tahun selepas usia 30 tahun.

DIA TIDAK PATUT:

Gempal

Dalam kajian yang dijalankan di Denmark kepada hampir 1,600 lelaki, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan menghasilkan kurang sperma.Namun, lelaki yang mempunyai berat badan yang normal dengan indeks jisim badan (BMI) 20 hingga 25 juga mempunyai peratus sperma tidak normal yang rendah.

Nak kurus? Boleh klik sini

Pendedahan

Seorang bapa yang prospektif perlu berhati-hati dengan bahan kimia terutamanya jika dia adalah seorang tukang cat, pencetak, ahli bomba, pekerja pertanian atau pencuci bangunan. Satu kajian semula telah dibuat terhadap satu kajian 10 tahun lalu yang mana pekerjaan-pekerjaan lelaki mempunyai kaitan dengan kecacatan kelahiran anak. Dia perlu memeriksa tempat kerjanya samada terdapat perlindungan dan pengudaraan yang betul.

Terlampau Panas

Sperma membiak dan bertambah subur pada suhu badan normal. Dengan memakai seluar pendek yang sendat akan meningkatkan kepanasan di dalam skrotum, berkemungkinan akan menekan pembiakan sperma (walaupun ia tidak terbukti). Komputer riba juga menyebabkan perkara sama berlaku. Satu kajian di University Of New York do Stony Brook telah membuat kajian pada 29 lelaki yang sihat yang berumur antara 21 hingga 35 tahun, mendapati dengan meletak komputer riba di atas paha mereka selama satu jam akan meningkatkan suhu skrotum kepada kira-kira 5 darjah F.credit to Majalah Mami Baby dan Permata Cintaku

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂