Tip menanam rasa peka dan sensitif dengan kebersihan

Hari ni kasi tip lain sikit berkenaan mendidik anak tentang kebersihan. Sedang membelek – belek majalah Solusi sementara menunggu anak pulang dari sekolah, saya kongsikannya. Kebersihan itukan asas kesihatan. Kalau
makan supplemen tapi kebersihan tidak dijaga, suka jugalah penyakit menghinggap. Semoga boleh dipraktikan bersama.

1. Bermula dengan iman
– Allah itu indah dan suka pada keindahan. Allah Maha Melihat dan dapat melihat apa sahaja kita buat. Jika kita buang sampah, malaikat akan mencatat perbuatan buruk itu.

Mengotorkan tempat awam bermakna kita menyusahkan orang dan sebaliknya Allah suka jika kita menyenangkan orang. Jika hendak mengukur keimanan lihatlah pada diri sendiri. Jika masih pengotor, malu rasanya nak mengaku beriman pada Allah.

2. Ibu bapa rajin menegur
Sentiasa menasihati anak yang sudah boleh memahami arahan dan kata-kata. Basuh tangan sebelum dan selepas makan, letak pakaian kotor di dalam bakul dan sebagainya

3. Ibu bapa menjadi contoh
Rumah perlu sentiasa bersih. Anak-anak lebih berkesan jika melihat ibu bapanya pembersih. Jangan pula, kita menyuruh anak mandi, kita rambut jusit masai dan tak mandi.

Keadaan rumah perlu kemas dan sedap mata memandang. Jika pakaian sepah dan bersidai merata, takut kelak akan menjadi habit si anak dan terbiasa hingga ke dewasa.

3. Menjaga kebersihan itu mendapt pahala.
Tiap perbuatan baik mendapat pahala. Mulakan dengan bismillah. Misalnya gosok gigi, mandi bersabun, jaga kebersihan pakaian, susun kasut. Jika semua diharap pada maid dan ibu bapak sahaja, kata pada mereka ” nani ibu abah ja la dapat pahala. Sedangkan Allah beri pahala tak kira kecil atau besar”

4. Mengenakan denda
Denda yang berkesan perlu kretiviti ibu bapa. Mungkin boleh disuruh buat kerja rumah seperti cuci toilet bagi yang besar sikit. Bagi anak-anak kecil, mungkin boleh tarik balik priviledge apa yang diberi sebelumnya buat sementara.

5. Didiklah dari kecil
Contohi akhlak Rasulullah yang sentiasa bersih dari atas ke bawah dan sentiasa disenangi para sahabat.