Testimonial Set Penyusuan Shaklee dan amalan untuk banyakkan susu badan

Hari demi hari, semakin ramai para ibu mendapat kesedaran akan kepentingan memberikan susu ibu kepada bayi mereka. Walaupun banyak iklan susu-susu formula yg dihidangkan, kempen penyusuan susu ibu tetap diteruskan. Yg hairannya kenapa tak diiklankan kebaikkan susu ibu di tv. Maklumat penting ini hanya terdapat di hospital rakan penyusuan dan majalah. Jadi, maklumat tidak sampai kepada semua peringkat masyarakat.

Bagi yang nekad untuk eksklusif breastfeeding, walau apa jua dugaan, misi tetap diteruskan. Sebab tu ramai yg mencari supplement Shaklee sebagai usaha untuk berjaya. Kami di Shaklee tidak boleh memberi janji2 manis. Kejayaan hanya milik orang yg sentiasa konsisten dan mengamalkan prinsip asas penyusuan.

Apa prinsip asas penyusuan tu?

Prinsip asas penyusuan dan amalan yg paling penting adalah kerap mengosongkan payudara. Sama ada bayi menyusu terus atau ibu tetapkan jadual mengepam setiap 3 jam. Untuk nak dapatkan hasil yg meriah dan badan ibu tetap sihat, kandungan air dalam badan perlu mencukupi. Sebab itulah kami menasihatkan para ibu minum 3L air sehari.

Jadi, apa gunanya vitamin Shaklee?

Vitamin Shaklee membantu kesihatan ibu. Bila ibu sihat, tak stress dan bertenaga, (anggun juga) insyaAllah susu pun mudah terhasil. Alfalfa dalam set penyusuan bertindak sebagai penggalak pengeluaran susu ibu. Namun, ibu tetap harus mengamalkan prinsip asas penyusuan untuk berjaya.

Memandangkan penghasilan susu boleh dipengaruhi oleh banyak faktor seperti emosi, hormon, pemakanan dan kesihatan, jadi ibu perlu menjaga dirinya juga. Pemakanan dari sumber yg berkualiti harus diambil kira. Jadi vitamin Shaklee amat membantu kerana ia menampung kekurangan dari pemakanan harian dan menyerap zat-zat dari makanan tersebut. Di samping itu, ia turut memelihara sel dan melancarkan fungsi badan kita.

Amalan terpenting untuk berjaya dalam penyusuan
Berdoa pada Allah s.w.t. Walau apa pun usaha kita, ultimatenya Allah yg menentukan. Jadi berbaik-baik dan sentiasa berprasangka baik dengan pencipta kita. Perbaiki amal ibadat dan berzikir ya Maatin untuk memohon Allah supaya dimurahkan rezeki anak kita.

Semasa sesi mengepam, tenangkan diri dan bayangkan wajah amak serta saar-saat gembira. Jangan ada perasaan risau dlm diri seperti “hari ni mesti susu tak banyak sebab termiss breakfast tadi” atau “camna ni, mcm tak sempat ja nk pump lama. Kejap lagi ada meeting plk, apa pun xprepare”. Mengapa? Kerana hormon oxytocin iaitu hormon yg membantu menggalakkan pengeluaran susu akan dirembeskan ketika ibu gembira bukan sebaliknya.

Sekarang saya nak cerita pasal Najihah yg baru mencuba set penyusuan Shaklee. Selepas 2 hari mencuba, susunya tidak bertambah tetapi dia tidak putus asa.

Selepas 4 hari mengamalkan set penyusuan Shaklee yg terdiri dari vitamin c, b complex, vitalea dan alfalfa, sudah ada perubahan positif.

B terasa penuh walaupun baru 2 jam menyusu. Sebab itu pentingnya mengosongkan payudara secara konsisten.

Mudah-mudahan, ramai lagi para ibu yang berjaya dalam misi ini. Saya doakan Najihah, saya dan para ibu lain diberikan kekuatan untuk menjayakan usaha murni kita. Semoga bayi kita juga sihat dengan pemberian Allah ini.

– Posted using BlogPress from my iPhone