Teknik lekapan/latching bayi yang betul khas untuk ibu baru

Kalau anda ibu baru dan menyusukan anak tetapi menghadapi masalah-masalah seperti

-merasakan susu kurang
-payudara melecet atau luka
-payudara sakit
-bengkak susu walaupun bayi kerap menyusu
-bayi menangis dan masih belum kenyang
-bayi tidur kurang 1 jam
-bayi meragam ketika menyusu atau selepas menyusu
-bayi nampak letih dan frust

Mungkin, anda perlu belajar teknik lekapan yang betul. Ini kerana masalah di atas mungkin berpunca dari lekapan bayi yang kurang sempurna.

Di permulaan, untuk merangsang tindak balas natural bayi untuk menyusu, cuba

1. Dukung dan letakkan bayi dalam posisi yang selesa. Ibu juga harus selesa.

2. Sentuh pipi bayi, supaya dia berpaling ke arah payudara

3. Sentuh bibir bayi dengan puting agar dia mula membuka mulut. Tunggu dan acah sehingga dia membuka mulut seluas mungkin.

4. Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawasan gelap keliling puting ibu.

6. Pastikan bayi lekap / latching dengan betul dan ampu payudara dengan menggunakan tangan anda.

Macam mana nak ampu payudara semasa bayi menyusu?

-pegang payudara dalam keadaan c hold
-ibu jari atas puting, jari lain di bawah
-ampu dengan lembut, jangan picit atau tekan payudara dengan kuat.

Basically lekapan/latching bayi yang betul adalah memenuhi kriteria ini

– mulut bayi terbuka luas
– dagu cecah payudara
– bibir atas dan bawah sedikit melekup keluar
-sebahagian besar aerola masuk dalam mulut bayi. Jika ibu mempunyai aerola yang besar, tidak semestinya mulut bayi cover habis. Cukup jika bayi tidak sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menyakitkan ibu.
-pipi bayi kembang kucup
-bayi menghisap dan ada nada.. Hisap telan hisap telan..

Ok. Semoga ibu ibu muda boleh mengaplikasikan panduan ini. Penting teknik lekapan / latching yang betul demi memastikan

-bayi kenyang
-bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
-ibu cukup rehat
-ibu tidak frust dan give up untuk eksklusif BF
-ibu tidak bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan
-mengekalkan production susu yang optimum





Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382Untuk lebih mudah, pertanyaan boleh diajukan di borang ‘jawapan segera’ di bawah atau buat pesanan di order form ini