Shaklee untuk tenaga berterusan

Saya hanya konsisten mengambil Shaklee selepas pregnant anak kedua. Sebabnya, saya memerlukan tenaga dan mood yang baik untuk anak saya yang pertama. Itu adalah pendorong saya, bukan kesihatan sendiri pun. Saya cuma ambil vitalea, b complex, vitamin c dan kalsium. Kadang-kadang tercicir juga sebab terlupa.

Bila dah dapat kesan positif, barulah nak tambah alfalfa selepas beberapa bulan melahirkan anak kedua. Baru terasa nak jaga kesihatan sendiri pula. Susu badan saya Alhamdulillah, tiasa masalah. Cuma saya sengal-sengal badan sebab angin dan kurang lawas.

Selepas ambil alfalfa, pelawasan sangat ok. Setiap hari ada ja hasil buangngannya. Kalau tak, terkumpul ja. Mushkil jugalah, apsal la tak ada langsung. Masa tu, seminggu sekali or 2x ja tapi tak sakit perut or sembelit pun.

Kemudiannya, saya mula cuba macam-macam lagi. Vitamin e saya makan demi nak hilangkan parut jerawat tapi belum tercapai lagi. Namun, banyak kawasan gelap pada tubuh semakin cerah. Parut di kaki juga. Kalau tak, sangat jelas syiling2 5sen di kaki tu. Saya seorang yang lasak dan sering ja membawa sourvenier parut kalau ke mana-mana sejak dari kecil.

Rupanya, nak hilangkan parut-parut ni perlu kosisten makan energizing soy protein. Sebab ia mengandungi protein yang bagus untuk membina sel-sel baru atau kulit yang lebih cantik. Nak bancuh-bancuh ni, lemah sikit den. Namun, nak cantik dan sihat, harus lebih berdisplinkan. Bulan puasa ni insyaAllah mesti kosisten sebab waktu makan dah dikurangkan.


Sekarang hampir semua vitamin dan produk Shaklee saya dah amalkan. Termasuklah cinch shake mix, herb lex dan lecitin sebab dan kurangkan berat badan. Lagipun senang nak consult orang ikut pengalaman sendiri. Shaklee ni produk berasaskan semulajadi, berkualiti dan ‘hijau’. Maksudnya, demi nak jaga kesihatan, saya tetap memelihara alam sekitar dengan recycle semua botolnya yang mesra alam.

Jomlah jaga kesihatan diri demi anak dan keluarga tercinta.