Ramadhan Special : Tips for Work-And-Pump Moms

Tips ni dari genkimomma

Buat ibu yang menyusu, jangan risau, puasa tidak akan menjejaskan hasil EBM anda. Sebaliknya, kerisauan anda mengenai “mesti susu aku merudum bulan puasa nie!”, atau, “alamak, aku tak sempat nak buat stok EBM extra untuk bulan puasa nie, nak kena standby FM setin nie!”, yang akan menyebabkan susu anda berkurangan. Ini di sebabkan oleh stress, mood swing, tension etc.

Pengalaman genkimomma sendiri sepanjang 2 tahun menyusukan anaknya, hasil perahan susu ibu sepanjang bulan puasa adalah sama seperti bulan-bulan yang lain. Jika bulan-bulan sebelumnya, dia boleh dapat 18oz untuk 3 kali pumping session, di bulan Ramadhan pun turut dapat tambah-tolak-18oz juga, dengan syarat tetap disiplin pumping 3x sehari. Beliau dapati, ada sesetengah pumping moms yang mengurangkan pumping session dengan alasan mahu menggunakan sessi tersebut untuk tidur sebab keletihan. Terpulang kepada anda. Namun, jika tiba-tiba anda dapati hasil perahan berkurangan, jangan salahkan puasa, ya.

Konsep “demand vs supply” amat penting di sini.

Pernah sekali beliau terbangun lewat untuk sahur. Biasanya dia hanya makan 3 biji kurma sahaja. Namun, sebab risau sangat-sangat susu akan berkurangan, jadi, sehabis baik dia makan kurma dalam jumlah yang agak banyak (tapi, tak sampai 10 biji laa, sebab kesuntukan masa). Alhamdulillah, bukan sahaja susu mencukupi, badan juga tidaklah letih melampau, malah terlebih aktif. Jadi ibu-ibu, jangan lepaskan peluang untuk makan kurma sebanyak mungkin di bulan Ramadhan ini. Kurma itu sendiri juga merupakan milk booster. Ingat lagi, tahun 2008 & 2009, kami habiskan rm100++ untuk beli kurma sahaja. Belian suka Kurma Maryami, memang amalkan setiap kali mengandung & menyusu.

Owh ya, sedikit sebanyak tips istimewa buat ibu bekerja & menyusu untuk diamalkan di bulan Ramadhan.

(1) Bagi ibu-ibu yang mengamalkan Vitamin Shaklee:

Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) *Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
(4) Makan 3 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) *Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.

Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C.

*Minuman yang dimaksudkan : Bancuhkan 1 sudu besar ESP + 1 sudu besar Performance + 250 ml air/ secawan air suam. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.

(2) Bagi ibu-ibu yang TIDAK mengamalkan Vitamin Shaklee:

Ini yang genkimomma amalkan sebelum mengenali vitamin Shaklee.

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Makan oats ATAU minum secawan horlicks + oats. **Resepi saya : 3 sudu oats + satu sudu horlicks + satu sudu teh gula + secawan air suam.
(4) Vitamin – apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.

Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) Minum air soya panas.

Sebelum Tidur:
(1) Minum air suam sebanyak mungkin.
(2) Minum secawan Milo atau Horlicks panas atau barli suam.
(3) Vitamin – apa jua supplements yang anda sedang amalkan. Contohnya : spirulina.

Tidak kiralah sama ada anda mengambil vitamin Shaklee atau tidak, yang penting, jangan skip pumping session, ambil makanan & minuman yang mencukupi, dan berdoa lah kepada Yang Esa.

Jika suami anda tak berminat untuk minum ESP, jangan risau, berikannya air PD sahaja pun sudah memadai (secawan air + satu sudu besar PD).

Kelebihannya?

* Memberi tenaga.
* Kekal terhidrat sepanjang hari (elak dehidrasi).

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂