Punca Pelatih Nurse Meninggal Dunia Bukan Sebab Shaklee Tetapi

Beberapa minggu lepas, seorang pelatih jururawat telah pengsan secara tiba-tiba dan beberapa hari kemudian beliau meninggal dunia. Rentetan dari itu, banyak spekulasi yang tersebar berkenaan punca kematian arwah. Rumors yang tersebar mengatakan beliau meninggal dunia sebab supplemen. Entry ini akan menceritakan kronologi dan punca sebenar arwah meninggal dunia secara tiba-tiba namun sememangnya bukan kerana supplemen.

Banyak orang yang tampil menidakkan perkara itu. Banyak orang juga marah pada yang menyebarkan fitnah juga yang pakat share perkara yang tidak pasti kebenaran itu. Pihak Shaklee juga selepas investigate telah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah.

Punca Utama Shaklee Tiba-tiba Dipersalahkan adalah disebabkan status ini.

Mesti ramai yang ada terbaca status viral ini berkenaan pelajar jururawat yang pengsan dan dimasukkan ke ICU Hospital Ipoh. Paling sedih sebaik sahaja beliau pengsan, ‘kawannya’ telah menyebarkan punca beliau pengsan disebabkan pengambilan supplemen Alfalfa Shaklee. Ramai pula tu yang menokok tambah lagi. Kesian kesian..

Maka, status itu pun viral. Baling batu, sembunyi tangan. Lepas ramai yang print screen dan paste merata, akaun fb ‘kawan’ tu tidak lagi aktif. Namun, print screen dah viral dan bersepah merata-rata. Benarkah cerita ini?

Di bawah ini pula adalah conversation antara lecturer arwah dengan seseorang yang sahabat saya kenali selepas beliau meninggal dunia.

Lecturer juga menidakkan puncanya adalah supplemen
Salur darah pecah dan tiada kerosakan buah pinggang

Ini pula kenyataan Shaklee apabila Alfalfa Shaklee dikatakan punca arwah pelatih jururawat ini jatuh sakit dan meninggal dunia

Selepas arwah pelatih ini meninggal dunia, sepupu arwah iaitu saudara Nazri Omar juga memuat naik status FB tentang punca kematian arwah.

Saudara Nazri merayu supaya menghentikan spekulasi tentang punca kematian arwah yang tidak benar sama sekali.
Beliau menidakkan puncanya kerana suppleman dan mengaku ada pendarahan dalam otak .


Banyak-banyakanlah sedekah Al Fatihah untuk arwah. Mana yang baik jadikan teladan. Yang jauh jadikan sempadan. Pada yang dah mengumpat arwah, bertaubatlah. Orang Malaysia ni part keyboard worrior dan menambah perasa pada perkara yang tak arif memang pakar.

Punca kematian arwah dikatakan sebab aneurysm

Aneurysm ni sangat jarang berlaku dan kebanyakkan kes pesakit tak sedar mereka ada anuerysm. Ni saya kupas lagi pasal penyakit ni di entry ‘Apa maksud penyakit Anuesym dan tanda-tanda Anuerisme‘. Selepas beberapa hari kematian arwah, seorang lagi student (bukan orang Malaysia) Aminah Ahmed turut meninggal dunia disebabkan aneurysm sebaik saja majlis konvokesyennya di University of Texas. Sedihkan. Kes di Texas ni tak ada la pula diorang serkap jarang sebab makan supplemen ka apa.

Apapun, InsyaAllah, produk Shaklee tetap berkesan dan masih selamat. Malah kami meminta pihak ketiga untuk mengesahkannya semasa proses penyelidikan dan pengeluaran sesuatu supplemen. Jenama Shaklee ni dah bertahan selama lebih 50 tahun. Agak2 kalau tak berkesan, bolehkah bertahan selama tu? Jadi teruskan amalan supplemen Shaklee tanpa ragu-ragu ya.

By : Ida Khairani