Performance Drink membantu dikala puasa

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk minggu ketiga berpuasa. Sebulan ada 30 hari dan Rasululullah membahagikan Ramadhan itu kepada 3 fasa.Seperti yang sedia maklum,ramai yang tahu 3 fasa yang di sebut oleh baginda s.a.w.3 fasa tersebut ialah :

Fasa Pertama – Rahmat Allah.
Fasa Kedua – Keampunan Allah.
Fasa Ketiga – Bebas daripada Api Neraka Allah.

Keutamaan 10 hari pertama Ramadhan.
Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari yang diturunkan rahmat dari Allah kepada hambaNya. Pada yang beramal, kita akan mendapat limpahan pahala dariNya. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga kita tergolong dalam yang mendapat rahmat dan ganjaran pahala Allah.

Keutamaan 10 hari pertengahan Ramadhan.
Fasa kedua ni, Allah akan memberi banyak maghrifah yakni keampunan. Inilah saat yang tepat untuk memohon ampun atas dosa dan bertaubat. Banyakkan zikir juga, semoga keampunan dan taubat diterima Allah.Sekarang kita dah dipertengahan fasa ini. Semoga semua dosa diampunkan.

Keutamaan 10 hari terakhir Ramadhan.
10 hari terakhir Ramadhan ini adalah yang paling dinanti-nantikan oleh orang soleh dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunnya Lailatul Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam Lailatulqadar. Jadi, janganlah kita sibuk buat kuih raya sampai terbabas nak mengerjakan amalan wajib dan sunat. Kalau di Mekah, waktu inilah masjid akan dibanjiri dengan jemaah yang ramai walaupun memang sudah melimpah luah sejak dari awal Ramadhan. Berbezakan dengan situasi di Malaysia.

Bagi menjalani ibadan berpuasa dan rutin harian ini, kita haruslah mengamalkan makanan yang sihat dan memberi tenaga. Amalkan sunah nabi dengan makan buah tamar/kurma kerana memang terlampau banyak khasiatnya. Untuk yang ada lebihan wang, tak salah untuk berbelanja untuk kesihatan dan kecergasan.

 Jom baca testimonial penggemar Performance Drink & Energizing Soy Protein.

“cbe awk amik ESP+PD.. mesti dari pagi smpai petang ok.. dlu sy minum ESP+fresh milk.. ade rase pening2.. dh seminggu try PD.. memang sgt lain.. tak penat langsung..”

“pengalaman sy pulak, biasa lepas buka nak ke sahur syminum esp, pd.. Alhamdilillah..pose ok. Satu hari tu tak terbangun sahur, dan kebetulan mlm sblm tu x minumesp / pd… Aduhai… Badan rasa x larat sgt. Hampir2 berbuka halfway… X tau la mind set jugak ke apa. Huhu…”

Sepanjang Ramadhan ni, saya dan suami turut mengamalkan Performance Drink secara konsisten. Dia memang sangat sukakanya. Setiap hari, dia akan request untuk minum. Jadi kami minum sebaik balik terawih atau sebelum tidur dan semasa sahur juga. Energizing Soy Protein pula saya campur dengan milo untuk membantu mengekalkan production susu badan saya semasa berpuasa. Berpuasa dengan PD memang sangat berlainan. Since nama pun performance, memang ia membantu untuk mengekalkan kecergasan dan  tidak rasa dahaga kerana fungsinya yang mengekalkan bendalir dalam badan. Alhamdulillah, syukur dengan rahmat Allah ini. Semoga kita semua dapat berpuasa dan mengejar pahala yang berlipat kali ganda di Ramadhan ini.

Mealshake pula adalah pilihan terbaik untuk yang sukakan rasa vanila harum dan sangat sesuai juga diberikan kepada anak-anak anda kerana kaya dengan vitamin dan mineral untuk pembinaan tubuh.


Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com