Elak demam dan batuk sebelum melarat dengan peransang imun di musim jerebu

Hari ni sepatutnya anak anak kita di sekolah ada peperiksaan akhir tahun. Namun keadaan jerebu yang teruk memaksa sekolah ditangguhkan. Baguslah. Saya pun berpendapat tak perlu nak rushing exam memandangkan ada lagi 5 minggu sebelum cuti panjang sekolah akhir tahun. Amalkan juga perangsang imun untuk elak dari demam dan batuk.

Bagaimana cara kita nak elak demam dan batuk sedangkan belum terjadi? Ubat memang tak boleh ambil kalau tak sakit. Caranya kenalah rangsang sistem imun kita supaya lebih kuat dan bersedia. Kita berusaha untuk tidak jatuh sakit supaya tak berjangkit dengan anak-anak. Anak-anak pula kita kuatkan imun sistem, supaya mereka sihat dan bersedia untuk ke sekolah bila sekolah dibuka nanti.

Untuk rujuk bacaan jerebu semasa di Malaysia, boleh klik sini .

Ada beberapa supplemen yang selamat dan bertindak secara semulajadi dalam merangsang sistem imun. Ada boleh pilih mengikut budget dan keperluan tubuh atau jika mampu dan memang keadaan kesihatan sedia lemah, ambillah semua sekali.

4 supplemen untuk merangsang sistem imun untuk elak sebarang sakit dari melarat termasuk demam dan batuk adalah

  1. Vitamin C 
  2. Nutriferon 
  3. Zink 
  4. Garlic

Set Perangsang Imun membantu menguatkan sistem pertahanan badan. Bukan sahaja melawan demam biasa dan cepatkan baik pulih, malah menentang kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas ni punca banyak sel mutate dan boleh jadi sel kanser. Jadi, amalkanlah “prevention is better than cure”.

Kelebihan Vitamin C untuk Imun Badan

  • Vit C adalah anti oksida yang kuat. 
  • Vit C mempunyai fungsi yang sangat banyak & menyeluruh. 
  • Termasuklah sokong kesihatan jantung, mata, gusi, tulang, otot, pembuluh dadah, imunsasi & kekuatan sel. 
  • Dalam keadaan biasa, kita perlukan minima 100mg sehari & optimum 500 mg sehari.
  • Orang yang sedang sakit memerlukan dos yang lebih tinggi Vit C untuk menguatkan lagi daya melawan penyakit yang sedang dialami.
  • Penyakit – penyakit yang memerlukan pengambilan vitamin C termasuklah anemia, asma, alergik, kanser, kataraks, influenza, sakit sendi, sakit muscle, penyakit kulit dan tekanan.

Kelebihan Nutriferon untuk Imun Badan

  • Biasanya suntikan interferon diberikan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia, herpes dan HIV.
  • Nutriferon membantu merangsangkan interferon semulajadi untuk melawan penyakit jika diancam.
  • Melindungi dari influenza dan tumor. Kalau seseorang ada jalani rawatan kemoterapi, mereka boleh ambil Nutriferon untuk tingkatkan imun kerana masa ni imun mereka sangatlah rendah dan lemah.
  • Meringankan stress dan lesu. Nutriferon dapat mengurangkan rasa lemah badan dan kemudaratan akibat resah, stress, lesu dan gaya hidup yang sibuk.
  • Nutriferon boleh diambil sebagai pelindungan awal sebelum dari jatuh sakit atau mula menunjukkan tanda-tanda mahu demam.

Kelebihan Zink untuk Imun Badan

  • Keistimewaan Zink Shaklee adalah ia mudah diserap tubuh.
  • Berkesan untuk keluarkan logam toksin iaitu kadmium dan plumbum dari badan
  • Zink bantu penghasilan enzim dalam badan. Enzim ni ada pelbagai fungsi termasuklah untuk metabolisme dan sistem imun.
  • Perbaiki radang kulit.
  • Cepatkan pemulihan luka.

Kelebihan Garlic untuk Imun Badan

  • Bawang Putih bukan sebarang bawang putih.. Sebenarnya bawang putih ada khasiat yang sangat hebat.
  • Garlic bertindak seolah ‘antibiotik’ namun selamat diambil untuk jangka masa panjang dan tidak meninggalkan kesan negatif pada tubuh.
  • Garlic membantu menghalang penyakit berjangkit dan meningkatkan sistem imun.
  • Setiap 2 tablet garlic mengandungi 1000mg ekstrak bawang putih yang menyamai 2 ulas bawang putih segar.
  • Garlic juga adalah agen detoks yang bagus hingga boleh mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam yang boleh naikkan tekanan darah.
  • Garlic membantu menstabilkan tekanan darah bagi pesakit tekanan darah.
  • Menolong menstabilkan glukos dalam tubuh dan menghalang alergi dari semakin teruk.
Saya mengamalkan Vitamin C secara konsisten setiap hari, Nutriferon secara berkala, Zink dan Garlic ketika keadaan memerlukan. Kesemua supplemen ini selamat diambil setiap hari. Banyak khasiat dan kelebihan setiap 1 jenis perangsang imun ini selain dari yang saya senaraikan di atas.

Jika saya tak dapat elak dan jatuh sakit seperti demam dan selsema teruk, saya akan tinggikan dos-dos supplemen ini. Ibu yang perlu menjaga sendiri anak-anaknya di rumah, memang tak boleh sakit lama-lama sebab risau akan berjangkit pada anak-anak pula. Oh ya, ketika kami ibu bapa jatuh sakit, saya juga akan tambah Nutriferon dalam minuman anak-anak kerana nak naikkan imun badan mereka supaya tidak berjangkit pula sakitnya.

Jika anda sayangkan kesihatan dan kisah akan harga yang perlu dibayar bila jatuh sakit nanti, peliharanlah nikmat ini dari sekarang. Hubungi saya untuk info dan konsultasi yang sesuai dengan keadaan diri anda sekarang.

Semasa jerebu ini, ikuti langkah-langkah ini untuk memelihara kesihatan diri dan alam sekitar.

Tip kesihatan semasa jerebu –  sumber

Untuk Set Imun Booster Kanak-kanak, ibu bapa boleh berikan Chewable C, Vitalea Kids, Nutriferon, Omega Guard dan Mealshakes mengikut keperluan anak. Lotion Herbal Blend juga boleh disapu pada kanak-kanak jika dijangkiti penyakit untuk memberi keselesaan pada mereka.

By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382