Peminat Cilik No 1

Peminat vitamin no 1 ni memang jenuh. Asyik kena distract ja tapi akalnya pun panjang. Nampak botol vitamin mesti minta dibuka. Letak tinggi gigih tunjuk atau panjat. Omega Guard memang ibu bagi tapi habis sebiji minta lagi.. Mana tak pening..

Sebelum ni dia akan makan habis 1 kapsul. Sekarang ni ada style baru pula.
Dia akan masukkan dalam mulut, gigit guna gigi.. Maklumlah gigi dah banyak, geraham pun dah ada.. Lepas tu akan hirup minyak ikan tu sampai habis. Hanyir tak rasa? Haha.. Dia selamba ja. Ibu pun kena telan dengan air hokey, xnak hidu bau.
Nampak tak kat tangan dia tu? Masa dia rajin makan Omega Guard ni Alhamdulillah memang sihat. Ada suatu ketika, selepas saya sorokkan semua vitamin menyebabkan dia tak nampak dan tak minta lagi..Ditakdirkan, dia batuk sampai kena Pneumonia. Masa tu baru teringat, dah lama dia tak makan omega guard. Memang kena ketuk kepala ibu ni. 
Sejak lepas raya, mula tayang balik botol Omega Guard. Kalau dia tak minta, ibu memang lupa. Jadi dia yang cari sendiri. Semoga Nuh Iman sihat2 aja dan tak kena Pneumonia lagi. Alhamdulillah, sejak start balik ambil Omega Guard, belum pernah lagi dengar batuk. Serasi betul. Tq Allah sebab gerakkan hatinya untuk gigih nak makan Omega Guard dan beri khasiat yang terbaik untuk Nuh Iman.
Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com