Payudara Bengkak dan Sakit Semasa Menyusu, Apa Rawatannya?

Payudara yang bengkak dan sakit yang dialami semasa menyusu bayi oleh ibu boleh menjadi punca MASTITIS.

APAKAH MAKSUD MASTITIS?

Mastitis adalah radang di tisu payudara. Radang di payudara menyebabkan kawasan yang terkena menjadi merah, bengkak, panas, sakit dan keras apabila dipegang.
Sesetengah sakit mastitis berpunca dari infection atau jangkitan kuman. Bila punca mastitis adalah infection, simptomnya adalah badan seram sejuk, demam pada suhu tinggi lebih 38.5 degree C dan penat.

apa punca mastitis dan rawatannya
Kenal pasti dan rawat segera mastitis

APA PUNCA MASTITIS?

Mastitis boleh berpunca dari engorgement, liang susu tersumbat @ bengkak susu atau apabila susu masih kekal dalam tisu payudara selepas sudah bayi menyusu.
Infection yang membawa pada mastitis mungkin terjadi apabila puting susu melecet, merekah atau cedera pada awalnya menyebabkan kuman masuk ke dalam payudara

APA RAWATAN YANG PERLU IBU BUAT BILA ADA SIMPTOM MASTITIS?

Bila ibu demam dan alami simtom infection, ibu perlu segera berjumpa doktor untuk mengambil antibiotik jika disyorkan doktor.
Di rumah pula, ibu boleh membuat rawatan sampingan ini:
  • Dapatkan rehat secukupnya terutama bila ibu alami kepenatan.
  • Kerapkan menyusu bayi. Jangan straight dengan waktu menyusu seperti tetapkan setiap 3 jam sekali. Susui ja bila bayi nak. Pastikan payudara kosong. Jika bayi menyusu sekejap, kosongkan payudara dengan menggunakan pam susu.
  • Pastikan bayi melekap dengan baik semasa menyusu. Untuk panduan lekapan yang betul, rujuk sini
  • Ubah-ubah posisi yang selesa untuk ibu dan bayi untuk bayi dapat lekapan yang baik juga.
Kaedah dan posisi penyusuan yang betul elak sakit mastitis
Kaedah dan posisi penyusuan yang betul
  • Mengurut. Ibu boleh urut sendiri dengan cara urutan lembut dari tempat bengkak ke puting, kemudian dari puting ke aras ketiak.
  • Legakan sakit dengan guna pad/kain suam atau pad/kain sejuk.

      Pad panas atau sejuk membantu kurangkan kesakitan akibat mastitis
      Pad panas atau sejuk membantu kurangkan kesakitan akibat mastitis
    1. Jika tak tahan, boleh minta doktor beri ubat tahan sakit yang sesuai untuk ibu menyusu.
    2. Selalu keadaan sakit sangat sampai terkena apa pun pedih, jadi tak perlu pakai baju dalam / bra, elak tidur tindih perut atau letakkan baby atas perut/payudara.

    SUPPLEMEN yang boleh diambil untuk membantu adalah :

    Set ‘Mastitis, Breast Abscess, Bengkak Susu, Clogged Duct’ Shaklee rujuk sini.

    Jika ibu sedang amalkan ESP, boleh berhenti buat seketika sampai mastitis pulih sepenuhnya.


    Antara perkara yang boleh dibuat untuk elak mastitis berlaku atau berulang:

    1. Pastikan sentiasa kosongkan payudara
    2. Elak payudara menjadi terlampau penuh. Jika berlaku, keluarkan sedikit susu dahulu
    3. Elak pakai bra yang ketat
    4. Jika ibu plan nak hentikan penyusuan atau wean off, kurangkan tempoh baby menyusu secara berperingkat / slowly bukan kurangkan kekerapan secara mendadak.
    Cara Rawatan Mastitis bengkak payudara
    Cara Rawatan Mastitis
    Untuk dapatkan supplemen yang membantu mengurangkan simptom mastitis, boleh hubungi atau wassap Pengedar Shaklee di bawah, atau terus beli di E- Sell Lecitin dan E-Sell Vitamin E
    Pengedar Shaklee Setia Alam
    Ikhtiar untuk elak bengkak susu, mastitis dan breast abcess