Panduan dan pengalaman saya sebagai ibu mengandung anak ke-3

Alhamdulillah, sekarang saya sudah menghampiri bulan ke 6 pregnancy. Jadi naklah saya berkongsi panduan dan pengalaman sebagai seorang ibu mengandung untuk anak ke-3 ni. Due bulan Disember 2013 insyaAllah. So far, super awesome.. Masa trimester pertama dulu, memang agak penat. Mood nak mengupdate blog ke laut. Coaching anak2 Shaklee secara santai ja of cost. Namun, Allah tetap memudahkan segalanya. Pada masa tu, memang rasa ini pengalaman mengandung yang terakhir kot. Mungkin cukup sampai anak ke-3 sahaja. Dulu mengandung masa umur 20-an sangat cool tapi bila 1st time mengandung di usia 30-an rasa sangat penat. Ya laa, anak2 pun dah makin besar dan kita sebagai ibu ada komitmen yang bertambah. Kena jadi driver untuk anak dan kerjaya sebagai supermom still on. Alhamdulillah bila menjejak bulan ke-4 tenaga dan mood telah kembali. Hehe.. So harapan untuk anak ke 4 kembali cerah and ON TRACK.. Hehehe..

di saat mengandung 5 bulan
Mengandung 5 bulan +

So, apa yang saya amalkan sepanjang mengandung kali ni..semoga boleh menjadi pandungan ibu mengandung yang lain. Sama sahaja dengan apa yang saya syorkan pada pelanggan yang bertanya. Dengan harapan mereka juga dapat manfaat bukan sahaja untuk diri sendiri, malah bayi dalam kandungan juga.

Untuk trimester pertama, saya mengsyorkan set J1 iaitu B complex, Vitalea, Ostematrix dan Vitamin C.
Banyak sangat kebaikkan dan fungsi setiap vitamin dalam set J1 ni. Secara ringkasnya.. B Complex untuk pembentukan sel darah merah di mana ibu memerlukan bekalan darah tambahan dan ada asid folik untuk mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub spina bifida.

Vitamin C pula bagus untuk anti bodi dan kulit. Kadang-kadang ibu mengandung ni mudah kena sakit sebab diet ibu mengandung yang semakin ke laut. Makanan ibu mengandung sebaiknya lengkap mengikut piramid makanan serta penambahan pada nutrisi tertentu. Banyak yang tak lalu nak makan menyebabkan ibu senang jatuh sakit. So vitamin c bantu menguatkan imun badan.

Vitalea pula adalah multivitamin yang diformulakan dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk elakkan risiko anemia dan hb low yang sering ibu mengandung alami. Untuk panduan ibu mengandung, hb low tak boleh dibiarkan so cuba dapatkan bacaan hb(hemoglobin) yang cantik. 

Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) 6.9 – SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 – SEDERHANA
d) 9.5 – 10.5 – RINGAN
Lebih lanjut boleh baca entry ni, Risiko Anemia, HB Low pada ibu hamil

Ostematrix a.k.a kalsium memang sangat saya suka walaupun semasa tak mengandung. Kebanyakkan ibu mengandung ni memang senang sangat nak kebas, cramp, sakit lutut dan sebagainya. Lagipun kalsium dari ibu banyak disalurkan pada bayi. Sebab itu simptom kekurangan kalsium sering dialami oleh ibu mengandung yang tak amalkan supplemen kalsium atau tak minum susu.

Namun bagi yang menghadapi kesukaran nak menelan, asyik rasa loya, muntah ja asal telan, boleh amalkan MealShakes dan Energizing Soy Protein. Ini yang saya ambil jika mood swing dan malas nak menelan itu datang. Hehe.. Meal Shakes mengandungi multivitamin jadi bolehlah support keperluan yang sama dalam set J1. ESP pula saya ambil demi mengekalkan kesihatan kulit..memandangkan sepanjang mengandung saya menghentikan pengambilan GLA, Vitamin E dan Collagen. Ibu mengandung pun nak kulit cantikkan..Mudah mudahan anak pun dapat kulit cantik juga. Selain tu ESP bagus untuk kuatkan rahim dan pembentukan otot bayi.

diet dan vitamin ibu mengandung
Vitamin Shaklee untuk ibu mengandung

All right, menjelang trimester kedua dan ketiga, eloklah ditambah Omega Guard kerana pada masa ni otak bayi dibina dengan giat sekali. Omega guard adalah minyak ikan mengandungi DHA yang membantu untuk kecerdasan otak. Selain itu turut mengandungi EPA. Harapnya anak kita nanti bakal bijak bestari dan mempunyai jantung yang sihat dan kuat. Set J2 adalah Set J1 dengan tambahan Omega Guard.

Panduan Vitamin Shaklee untuk ibu mengandung :


  • Set J1 : Trimester 1 > B complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix a.k.a kalsium
  • Set J2 : Trimester ke-2 dan ke-3 > B complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix a.k.a kalsium dan Omega Guard

Tambahan supplemen untuk ibu mengandung:

  • Pernah keguguran/Menyusu sambil mengandung/Kulit Cantik: Energizing Soy Protein
  • Kesukaran menelan pil: Meal Shakes

Banyak sangat nak telan? Ha..tak adalah sebenarnya. Kitakan ada hampir 24jam-8jam = 16jam waktu berjaga. Jadi, makan pada waktu berasingan, bukanya serentak semua sekaligus. Jangan bimbang, pada pelanggan yang membeli dari Mysupervitamins atau walk in menggunakan ID 846056 di cawangan Shaklee berhampiran, akan diberikan jadual waktu eksklusif dan konsultasi percuma sepanjang anda setia mengamalkan. Jomlah sama2 mengalami pengalaman mengandung yang sihat dan ceria dengan vitamin Shaklee disamping amalkan makanan ibu mengandung yang bernutrisi tinggi semulajadi yang lain sementara belum waktu pantang ni !

Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.