Mengapa Vitalea @ Vitamin sangat penting dan Demo Vitalea Larut Air

Vitalea adalah antara supplemen Shaklee yang saya sangat suka dan konsisten makan. Kalau berjalan jalan, saya sering pilih beberapa supplemen yang penting dan Vitalea adalah salah satu darinya kerana Vitalea sangat sempurna kerana sudah dilengkapi dengan 28 multivitamin dan multimineral. Bagi yang tidak suka mengambil banyak supplemen, Vitalea adalah pilihan yang sangat ideal.

Baru baru ni, bapa mertua juga sudah memilih Vitalea selepas membaca kandungan pada labelnya. Yang bestnya, dia juga beri analogi terbaik tentang kepentingan vitamin pada kehidupan. Bapa mertua saya ni bela kambing tau di kampung. Standard.. kalau kita pelihara haiwan walaupun kucing sekalipun, mesti antara rutinnya adalah vitamin tambahan.  
Menurut ceritanya, ada kawan beliau yang turut bela kambing..Pada awalnya setiap hari bagi makan vitamin sehingga 3kali sehari selain rumput dan kambing dia pun sihat. Namun bila dah kekurangan budget, terus stop pemberian vitamin dan hanya beri makan rumput. Kambingnya jadi kurus ja, dah tak gemuk2.
Berbanding kambing yang dipelihara bapa mertua saya..sejak dari awal hanya mengambil sekali sahaja vitamin selain makan rumput tetapi pengambilan vitamin adalah konsisten setiap hari. Kambing pun sangat gemuk dan sihat. Hehehe..itulah kisahnya.. 
So sedangkan kambing pun makan vitamin.. yang kita manusia ni sering kali mengabaikan vitaminkan.. Vitamin Vitalea ni adalah pelengkap pada menu harian dan turut membantu badan dalam memproses makanan supaya bertindak dengan lebih optimum. Jadi hasilnya badan lebih sihat dan cergas..
Jika konsisten mengambil Vitalea setiap hari.. antara kebaikkan yang akan diperolehi selain dari mengekalkan kesihatan yang baik untuk jangka masa panjang adalah membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu kerana mengandungi beta karotena. Vitalea juga dilengkapi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. Vitalea Shaklee mengandungi biotin dan asid pantotenik yang berfungsi dalam metabolisme lemak dan karbohidrat. Malah vitamin B12 dalam vitalea membantu dalam pembentukan sel sel darah merah. Sebab itulah bagi yang mengalami anemia atau tekanan darah rendah dicadangkan mengambil Vitalea 2 biji sehari.
Namun, Vitalea mengandungi Alfalfa (mendicago sativa) jadi penghidup lupus eritematosus sistemik harus minta pandangan pakar dahulu sebelum mengabil Vitalea. Vitalea ni tiada bahan tambahan perasa tiruan, pemanis atau bahan pewarna atau pengawet dan 100% semulajadi.
Kadang kadang ramai yang hadapi masalah menelan Vitalea kerana saiznya yang agak besar seperti panadol  actifast. Kalau susah sangat, anda juga boleh melarutkannya ke dalam air.. Dalam 30 saat vitalea akan mula bertindak balas, dalam 1 minit vitalea akan mula terurai dan dalam 3 minit, vitalea akan larut sepenuhnya dan anda boleh menikmati air Vitalea juga. Walaupun nampak vitalea sangat pejal namun, kebolehserapan vitalea terhadap tubuh sangat bagus. Ia sangat mudah diserap dan bertindak balas balas dengan tubuh dan memberikan kesan terbaik..
Nak tengok eksperiman dan contoh bagaimana Vitalea larut air?..Boleh layan video ni.

Harga Retail Vitalea 120 biji adalah RM88.

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂