Mengambil zat besi tambahan ketika berpuasa dan hamil

Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan.

Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit.

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
-daging;
-ayam;
-ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
-sayur-sayuran berdaun hijau;
dan, buah-buahan kering.

Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar.

Sumber

Disclaimer

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

www.MySuperVitamins.com
Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂