Melancong Bersama Keluarga Ke Jeju? Tak mustahil !

Sekarang dah bulan Februari. Ini post di FB ida pada tarikh 1 Januari 2018. Masa tu kami di airport Jeju dengan keluarga. Ida share macam mana cara impian melancong kita boleh dicapai walaupun kita rasa mustahil pada awalnya.

Selamat tahun baru ! Alhamdulillah, berakhir sudah 2017 dan selamat tahun baru 2018.
.
Hari ni Ida akan berangkat pulang dari Jeju. Esok anak-anak nak start sekolah dah.
.
Nak tau tak? Plan ke Jeju ni di buat kurang 3 bulan. Tu pun takat beli tiket & book rumah. Plan mana tempat nak pergi, sewa kereta, tukar duit semua di buat 2-3 hari sebelum berangkat.
.
So, kalau melancong atau Jeju ni ada masuk wishlist korang, definitely tak mustahil langsung untuk capai. Kosnya tak mahal sgt dan mmg mampu orang2 biasa2 untuk kumpul duit. Set your priority. Kalau ada priority lain macam nk settle hutang, do it first. Letak melancong ni next one.
.

Jeju-Hamdeok Beach

Jeju-Hamdeok Beach


Cuma make sure, korang menabung, buat dreamboard, kalau nak tiket murah, alert time tiket2 promo launching & ambil tau tip & tricks orang dok share tu pasal macam mana nak dapatkan tiket promo..
.
Kalau tak confident nak jalan sendiri, boleh hire tour guide @ ambil pakej, cuma hati2lah, lately ramai pulak dengar cita kena tipu dgn pakej kan.. haiya, buatlah kerja yang berfaedah dan berkat.. buat bisnes shaklee ka ? Sambil nak sihat, sambil tolong orang sihat, boleh kumpul duit untuk chase your dream, jangan tipu duit orang ok untuk settle masalah kita atau capai impian kita. Allah tak akan memberkati hidup tu.
.
Melancong ni of cos my dream. Apa lagi merasa musim berbeza di negara orang dan pegang salji tu. Bonus dapat bawa family dan gembirakan anak-anak. Even Ida just housewife dan bekerja sendiri dari rumah. It’s all start in & from you. Jangan look down dengan diri dan kemampuan diri kita. Push to the limit !
.
Lastly, happy new year dan semoga kita dapat buat azam baru dan refresh azam lama yg belum tercapai.

Amacam? Yang berimpian nak melancong juga tu, boleh buat tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge