Makanan untuk penyusuan a.k.a penggalak susu

Makanan berkhasiat bukan sahaja membantu individu menjadi sihat dan bertenaga malah memberi manfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Makanan berikut boleh ditambah ke dalam menu harian ibu untuk memberi ransangan untuk meningkatkan pemgeluaran susu ibu. Perlu diingat milk booster ibu A mungkin berbeza dengan ibu B. Jadi, carilah booster anda dan semoga anda berjaya dalam misi penyusuan susu ibu yang hebat ini.

Nutrien dan Contoh Sumber Makanan yang membantu merangsang pengeluaran susu ibu:

1. Kalsium:

Susu dan hasil tenusu, ikan yang tulangnya boleh dimakan (seperti sardin dalam tin, ikan bilis), kacang dan hasil kekacang termasuk dhal, tauhu dan tempe, sayuran seperti bayam, selada air, daun mustard, cekur manis, daun ubi, kailan dan brokoli, produk diperkaya dengan kalsium seperti susu berkalsium tinggi, yogurt, bijiran sarapan pagi, biskut dan nasi.

2. Zat Besi:

Kerang, ikan bilis (keseluruhan), hati, daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang kuda, tauhu kering, pucuk paku, peria, bayam dan kangkung.

3. Iodin:

Makanan Laut seperti kerang, kupang, ikan air laut, rumpai laut, daging, susu dan hasil susu bijirin, kekacang yang dikeringkan dan buah-buahan yang dikeringkan.

4. Zink :

Daging, ikan, kerang, kekacang, biji benih, bijirin-bijirin penuh (terutama bran)

5. Folat:

Sayuran berdaun hijau,kacang bendi, asparagus, kekacang, hasil bijirin yang diperkaya dan hati.

6. Vitamin A:
Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna kuning dan merah (mangga, betik), sayuran berwarna kuning dan merah (lobak, labu), dan sayuran berdaun hijau.

7. Vitamin B1:

Ragi, kekacang, produk yang diperkaya seperti roti, bijirin dan biskut.

8. Vitamin B2:

Kekacang (kacang kuda, soya,kacang merah dan kacang hitam), daging, telur ayam dan ekstrak daging

9. Vitamin B3:

Daging, hati, ikan bilis,kacang dan kacang-kacang lain, bijian penuh dan tepung gandum mil penuh

10. Vitamin E:

Minyak sayur, biji benih, kacang dan bijirin bijian 


Sumber : Nutrition Society of Malaysia and Ministry of Women, Family and Community Development, Women & Nutrition: A Practical Guide for Health Professionals, Malaysia 2005





Selain itu, protein turut membantu bagi kebanyakkan ibu

– daging, ikan, kurma



Para ibu sangat disarankan untuk
– mendapat rehat yang cukup
– minum air kosong mencukupi 2-3 Liter sehari
– sentiasa tenang dan gembira semasa mengepam atau menyusukan bayi
– menetapkan rutin mengepam yang konsisten iaitu setiap 3 jam
– mengosongkan payudara setiap kali sesi penyusuan


Ini bagi mengoptimumkan pengeluaran susu ibu dan mengekalkan demand supaya bekalan sentiasa mencukupi untuk anak masing-masing.


Bagi yang beragama Islam, sentiasa berzikir dan berdoa pada Allah swt.




Jika anda rasa artikel ini bagus, kongsikan untuk manfaat bersama






Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan dan konsulatasi boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

Untuk lebih mudah, pertanyaan boleh diajukan di borang ‘jawapan segera’ di bawah.