Uncategorized

Makanan untuk kulit yang sihat dan cantik

Diet harian mempengaruhi kesihatan kulit. Makanan yang boleh dikawal untuk memelihara kesihatan kulit adalah

-daging merah, dihadkan kepada seminggu sekali
-apa jua daging proses
-organ dalaman: hati, ginjal, otak dan sebagainya
-kulit ayam dan itik
-makanan bergoreng..errr
-produk susu berlemak tinggi
-alkohol
-gula proses

Tersedakkah?? Ok, jangan risau. Banyak lagi makanan yang kita boleh teruskan makan yang tetap menyumbang pada kesihatan kulit

-ayam dan itik yang ditanggal kulit
-ikan, sekurang kurangnya 3 kali seminggu
-produk susu rendah lemak
-banyak buah-buahan
-sayur-sayuran sebanyak boleh
-kacang, awasi kandungan lemak juga
-pasta
-bijiran dan bijian, awasi kandungan lemak
-baaaannyyaaaakkk minum air bersih

Nak lebih baik, sertai diet ini dengan supplemen untuk kesihatan kulit juga. Jika diet ini gagal diikuti, sekurang-kurangnya, supplemen tersebut akan menampung dan membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

Apa supplemen yang baik untuk kulit yang cantik dan sihat?

1. Vitamin A / Carotomax

Tanda kekurangan Vitamin A boleh kelihatan seperti:
-bintik hitam, bintik putih
-kulit kering dan bersisik
-bonggol kecil pada belakang tangan
-penuaan terlalu awal

2. Protin / Energizing Soy Protein

Kekurangan protein boleh buat kulit melendut
Protein boleh membantu mengukuh dan menegangkan kulit kerana ia mengandungi gentian elastik yang menjadikan kulit kental.
Jika nak perbaiki ketengangan kulit, amalkan protein berkualiti, b complex dan vitamin c.

3. B Complex

Kekurangan B Complex boleh menyebabkan
-kemerahan di sekirar hidung (harus up lagi ni intake b complex)
-bibir retak, keretakan pada sudut mulut

Kalau anda berjemur untuk dapatkan kulit perang yang cantik, lebihkan pengambilan
B complex.

4. Vitamin E

-Radikal bebas boleh merosakkan kulit.
-Vitamin E yg bersifat anti oksida perlu diambil sebelum sel rosak lagi demi melindunginya.
-Pigmentasi adalah kesan dari kerosakan sel oleh pengoksidaan dan radikal bebas.
Vitamin E mampu mengurangkan kadar bintik perang dan ada juga kerosakan yang terus hilang.

5. Vitamin C



Kekurangan vitamin c dapat dilihat kalau
-anda mudah lebam
-saluran darah halus jelas kelihatan di kulit

Vitamin C perlu untuk membentuk kolegen yang mengukuhkan sel-sel kulit.

Pokoknya, kesihatan kulit bermula dari pemakanan kita. Jadi, jangan ambil mudah. Jika kulit anda sedia cantik, bantunya untuk kekal sedemikian dengan diet dan supplemen yang betul.

– Posted using BlogPress from my iPhone.