Makanan terbaik untuk bayi melalui susu ibu

Susu ibu anugerah Allah buat anak yg baru dilahirkan didunia. Khasiatnya tidak terhingga sebab itu banyak susu formula yg sedaya upaya meniru kebaikkan dari susu ibu. Dari segi anti bodinya atau dari segi nutrisinya. Namun, manalah boleh nak dibandingkan dengan ciptaan Allah yg sudah sempurna.

Sebagai manusia kita kena terus berusaha dan tidak sekadar berpuas hati. Sebab itu ramai yg masih mencari Shaklee Set Penyusuan kerana percaya ia boleh meningkatkan nutrisi susu ibu. Percaya tak? Kami tidak mahu bercakap kosong sahaja. Kami sekadar memberi pilihan. Anda perlu mencuba dan melihat hasilnya sendiri.

Hakikatnya kajian terhadap susu ibu selepas pengambilan Shaklee tidak pernah dibuat. Kami berkongsi cerita berdasarkan pengalaman masing-masing dan para pengguna.

Seperti saya sendiri, saya hanya mengambil Shaklee untuk anak kedua, tidak anak pertama. Banyak beza tapi saya sekadar nak cerita satu aspek sahaja kerana mungkin hal lain banyak faktor lain penyumbang.

Gigi anak sulung saya sudah rosak sejak dia mempunyai 2 gigi iaitu sekitar umurnya 6 bulan. Padahal saya tidak mengenalkan sebarang garam dan gula dlm makanan pejal sehingga usianya setahun. Malah dia kerap menggosok gigi.

Meal Shakes

Berbanding dengan adiknya sekarang yg tidak mempunyai masalah gigi walaupum sudah berusia setahun. Sebelum terlewat, saya akan memastikan nutrisi yg saya beri padanya adalah yg plg baik yg saya boleh dengan pertolongan Allah s.w.t. Berbanding dengan pemakanan harian lain, saya rasa saya tak mampu nak beri yg terbaik kerana makanan mudah hilang zatnya walaupun pada peringkat awal kita tahu semuanya ada macro dan micronutrien yg diperlukan.

Mungkin hanya saya seorang yg mengalaminya. Ibu-ibu lain yg tak ambil Shaklee, anak2 mereka tetap sihat dan gigi elok. Namun, saya sebagai ibu tetap ada penyesalan. Walaupun sekarang saya teringin nak bg anak sulung omega Shaklee utk perkembangan otaknya atau vitalea dan vit C yg khas utk kanak-kanak tp dia mmg payah nak telan. Sweets/gula-gula pn mmg dia xmakan apa lagi tablet vitamin.

Sekarang saya hanya menambah sesudu Meal Shake Shaklee dlm susunya. Semoga usaha saya berjaya menambah khasiat dan zat dlm tubuh badannya. Untuk adik yang masih menyusu badan, saya akan pastikan saya sentiasa mengambil vitamin supaya saya sentiasa sihat dan badan mampu menghasilkan susu yang bernutrisi tinggi untuknya.