Apa Makanan Setelah Kemoterapi Bantu Elak Kanser Tidak Berulang

Siti positif untuk teruskan kemoterapi. Walaupun ada mendengar cerita pengalaman pesakit lain yang teruk, namun Siti percaya dia dapat hadapinya. Lagipun perhatian dan kasih sayang keluarga dan warga sekolah tempat Siti mengajar sangat kuat. Siti nekad nak fight kanser yang dihadapinya sampai sembuh, insyaAllah.

Tip Pemakanan Semasa dan Selepas Kemoterapi
Untuk pengalaman seorang ibu yang anaknya kini bebas kanser walaupun pada mulanya disahkan kanser stage 4, boleh lihat dihujung entry ini.

Rawatan kemoterapi yang Siti lalui adalah untuk membunuh sel kanser yang semakin merebak. Ubat kemoterapi akan menghapuskan sel-sel kanser namun sel sihat juga akan turun terjejas. Disebabkan ini, pesakit kanser boleh jadi sangat lemah dan mudah jatuh sakit.

Selepas sesi pertama kemoterapi, Ya Allah keadaan Siti sangat menyakitkan. Walaupun dah telan 6 biji pain killer, sakit belakang yang dia alami sudah tak tertahan lagi sampai terpaksa ke hospital semula. Rupanya sakit itu bukan sakit kesan kemoterapi tetapi steroid yang diberi selepas rawatan kemoterapi untuk mengurangkan side effect kemoterapi. Ini apa yang dijangkakan doktor.

Selepas sesi kedua, Siti cuba untuk tidak lagi mengambil steroid lagi. Rambut Siti gugur, Siti kerap rasa panas, Siti sangat penat, senang loya dan kerap muntah. Namun Siti tetap lega kerana ia tidaklah seperti sakit setelah rawatan kemoterapi kali pertama dulu. Bila kita dah hadapi sakit yang teramat sebelum ni, alahan yang biasa ni kita dah boleh tahan Alhamdulillah.

Walaupun sampai tak larat dah ulang-ulang muntah dan sampai parking di tepi toilet, Siti tak henti-henti berdoa untuk sembuh cepat. Kalau keadaan bertambah baik, sebenarnya Siti dapat mengurangkan sesi kemoterapi jika doktor sendiri approved. Ada juga dengar orang yang berjaya kurangkan sesi kemoterapi.

Khasiat Vivix sebagai pemakanan sihat selepas kemoterapi 

Sejak disahkan kanser, memang berat Siti turun dengan mendadak. Kini Siti kena tambah berat badan balik. Alhamdulillah, selera makan Siti masih ok. Namun, pengalaman yang lalu mengajar. Kini, Siti nak jaga makan betul-betul. Kanser masih boleh berulang jika kita tak jaga makan.

Sepanjang tempoh ini, Siti banyak mengamalkan sayuran, buahan dan cuba elak makanan yang diproses. Ayam pula pilih yang tidak disuntik antibiotik dan Siti tak ambil daging merah. Keyakinan Siti kian bertambah bila keadaan bertambah baik dan Siti rasa lebih bertenaga.

Makanan yang bagus dan bersifat anti kanser yang bagus diamalkan setelah kemoterapi

  • organik blackberi, blueberi, rasberi, strawberi
  • anggur muscadine
  • lobak ungu
  • lemon
  • epal
  • halia
  • kunyit
  • bawang putih
  • minyak zaitun
  • buah delima
  • sayur hijau
  • bunga kobis
  • avacado
  • kekacang
  • brokoli
  • cendawan
  • teh hijau
  • kulit kayu manis

Kenapa perlu pilih makanan yang baik dan jaga pemakanan kita?

  • supaya dapat mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutama selepas pembedahan dan rawatan kemoterapi pesakit kanser.
  • supaya dapat bantu hadapi kesan sampingan rawatan kemoterapi dengan lebih baik dan sembuh lebih cepat.
  • supaya dapat tingkatkan sistem imun dalam melawan jangkitan.
  • supaya dapat capai dan kekalkan berat badan ideal.

Tip Cara Makan Setelah Kemoterapi


Selalunya, setelah kemoterapi kanser, pesakit akan alami simptom hilang selera makan, sukar mengunyah dan menelan akibat luka dalam mulut. Selain itu pesakit kanser juga ada yang alami mulut kering, loya dan muntah, sembelit, cirit birit, pedih ulu hati dan perubahan pada rasa makanan.
Tip berikut membantu pesakit menghadapi kesan setelah kemoterapi supaya dapat juga menjamah makanan.
Masalah pemakanan Saranan untuk mengatasi
  • Hilang selera makan
  • Makan sikit tetapi kerap.
  • Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
  • Ambil minuman/makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
  • Senaman yang tetap jika anda mampu untuk tingkatkan selera makan.
  • Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
  • Makan di tempat persekitaran yang sesuai.
  • Pastikan mulut sentiasa bersih. Elakkan merokok kerana ia boleh kurangkan selera makan dan mengubah rasa makanan.
  • Kesukaran mengunyah dan menelan akibat luka dalam mulut dan tekak
  • Makan sikit tetapi kerap.
  • Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
  • Ambil minuman/makanan tambahan yang tinggi kalori dan protein.
  • Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
  • Tingkatkan pengambilan cecair.
  • Makan dan minum secara perlahan.
  • Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah, campurkan kuah dalam makanan.
  • Elakkan makanan yang pedas dan berasid/masam.
  • Mulut kering
  • Tingkatkan pengambilan cecair. Lebihkan pengambilan air semasa makan.
  • Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah seperti bubur nasi atau campurkan kuah dalam makanan.
  • Ambil makanan yang merangsang pengeluaran air liur seperti lemon atau ‘chewing gum’.
  • Hisap air batu/ais untuk sejukkan mulut.
  • Perubahan rasa dan bau makanan
  • Elakkan makanan yang berbau kuat.
  • Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
  • Gunakan perisa seperti garam, rempah, herba, gula atau bawang putih bagi menambahkan rasa makanan.
  • Jauhkan diri dari dapur semasa makanan dimasak. Minta kawan atau keluarga masak untuk anda.
  • Loya dan muntah
  • Makan sikit tetapi kerap. Elak makan akan menyebabkan loya bertambah teruk.
  • Makan snek seperti biskut kering atau roti bakar.
  • Makan makanan masam dan masin.
  • Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik seperti puding, salad.
  • Elakkan makan terlalu banyak lemak/minyak.
  • Makan dan minum secara perlahan.
  • Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
  • Elakkan makanan yang terlalu banyak perisa seperti rempah.
  • Jangan baring 1 jam selepas makan.
  • Ambil ubat tahan muntah atas saranan doktor.
  • Sembelit
  • Tingkatkan pengambilan cecair sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari seperti jus buah, sup, minuman bersusu.
  • Tingkatkan pengambilan serat seperti buah, sayur dan makanan ‘whole meal’.
  • Lakukan senaman yang tetap jika mampu seperti berjalan.
  • Ambil ubat atas saranan doktor.
  • Cirit-birit
  • Ambil ubat atas saranan doktor.
  • Tingkatkan pengambilan cecair untuk ganti cecair yang hilang.
  • Makan sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
  • Elak alkohol, hadkan kafein dan makanan pedas.
  • Elakkan makanan bergoreng dan berminyak.
  • Elakkan pengambilan susu jika anda mengalami tidak toleransi terhadap gula dalam susu (laktosa).
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat. Pilih buah yang dimasak lembut dan tanpa kulit atau buah dalam tin.
  • Pedih Ulu Hati (Heartburn)
  • Makan sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
  • Minum air 30 minit selepas makan.
  • Duduk sebentar selepas makan (30 minit), jangan baring.
  • Makan perlahan.
  • Elakkan pakaian terlalu ketat.
  • Elakkan makanan seperti coklat, kopi, teh, minuman ringan, alkohol, makanan tinggi lemak, buah sitrus dan tomato.

Sumber

Gaya Pemakanan Selepas Rawatan Kemoterapi Untuk Elak Kanser Berulang


Tambah makanan yang bagus untuk elak kanser dan tinggalkan makanan yang jadi punca kanser

  • makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan menu makanan.
  • makan sekurang-kurangnya 5 hidangan sayuran dan buah setiap hari.
  • pilih jenis karbohdirat penuh dan tinggi serat
  • kurangkan lemak dan garam
  • kena beraktiviti fizikal sesuai dengan pengambilan makanan supaya dapat capai berat ideal.
Tahu tak makanan dari tumbuhan seperti di bawah ni dapat membantu membunuh sel kanser. Perasan tak ‘Red Wine Polyphenols, Blueberry Polyphenols?
Polyphenols adalah satu kandungan yang terdapat dalam tumbuhan semulajadi yang bersifat anti oksida dan tumbuhan menggunakan bahan ini untuk elak jangkitan penyakit dan serangga dan buatnya jadi sangat berkhasiat. Dan saintis Shaklee telah menggabungkan polyhenols dari 4 tumbuhan  yang mempunya anti oksida tertinggi untuk mencipta Vivix. Jadi Vivix juga dapat diambil oleh pesakit kanser sebelum dan selepas rawatan kemoterapi supaya kanser tidak berulang. Untuk tahu lebih lanjut pasal info Vivix Shaklee, klik sini.
Bahan Anti Kanser dalam Tumbuhan Semulajadi

Cara Vivix membantu penyakit kanser dan kemoterapi?

– memberi tenaga pada pesakit.
– merencatkan sel kanser. Anti oksida melawan radikal bebas dan memulihkan abnormal sel.
– memelihara sel dari radikal bebas supaya lebih sihat dan mengurangkan risiko kanser berulang.
Resveratrol, kandungan Vivix juga memberi kesan lebih sensitif terhadap rawatan dan ubat kemoterapi di mana membantu sel tumor lebih mahu bertindak balas dengan ubat kemoterapi.
Sumber
Namun pesakit kanser dinasihatkan mendapatkan konsultasi doktor dan pengedar Shaklee seperti saya untuk cara makan yang betul jika sedang menghadapi kemoterapi.

Ini pengamalan akak Saadiah dan anaknya Hakim yang kini bebas Kanser. Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan Vivix, boleh klik sini E-Sell Vivix atau boleh hubugi Pengedar Shaklee ini untuk konsultasi terbaik. Konsultasi hanya diberikan untuk pelanggan Mysupervitamins sahaja.
Klik untuk wassap order Vivix
Pengedar Vivix Shaklee Sebagai Makanan Selepas Kemoterapi
Pengedar Shaklee Vivix ANTI KANSER