Uncategorized

Langkah Awal dan Rawatan untuk Kehamilan di Luar Rahim


Pada entry ini saya akan kongsikan langkah awal selepas wanita merasakan mereka hamil di luar rahim atau perasaan mengandung yang luar dari biasa. Untuk lebih terperinci tentang simptom awal dan lain-lain tanda, boleh rujuk entry ini ‘Tanda Awal dan Mengapa Wanita Mengandung Luar Rahim‘.

Apakah langkah awal yang perlu wanita lakukan jika merasakan simptom-simptom kehamilan di luar rahim?


Berjumpa doktor dan mereka mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub falopio.

Rawatan untuk kehamilan di luar rahim

Laparoskopi
kerana ia lebih cepat,  kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini. Wanita yang menjalani pembedahan untuk rawatan luar rahim tidak perlu tinggal lama di hospital dan kurang ubat penahan sakit yang diperlukan.

Pembedahan Perut Terbuka
Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 


Perlukah tiub Falopio dikeluarkan bersama kehamilan atau tidak?

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 

  • tahap kerosakan tiub falopio
  • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi
  • keinginan anda untuk hamil lagi

Tiub Falopia masih dapat diselamatkan dalam kehamilan luar rahim jika

Kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. Biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan ini kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka.

Ubat Metotreksat untuk Kehamilan di Luar Rahim
Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

Tunggu dan lihat jika tiada pundi telur dikesan
Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau “tunggu dan lihat”. Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. 

Sumber dan Credit

Adakah kehamilan luar rahim akan menyebabkan wanita menjadi tidak subur. Adakah kehamilan luar rahim akan berulang? Saya akan kongsikan di entry berikutnya..
Jika maklumat ini berguna, kongsikan.

Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor ID 846056

Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.