10 Sebab Kenapa Perlu Letak Bayi Atas Dada Ibunya Sebaik Lepas Dilahirkan

Tahu tak ada sebab bayi yang baru lahir diletakkan di atas dada ibu secepat mungkin. Bagi yang masih menanti kelahiran bayi, mungkin pernah lihat video dan gambar bayi atas dada ibunya ketika masih di labour room. Adegan ini memang praktis di Malaysia juga, at least pada ketiga-tiga kelahiran anak saya. Selepas bayi dipastikan bernafas normal, bayi akan diletakkan atas dada ibu.
Kenapa? Perlukah?

Alhamdulillah, saya dapat rasa pengalaman yang indah ketika bayi diletakkan atas dada dan kemudiannya menyusu badan buat pertama kali di dunia. Walaupun agak kekok masa pertama kali, bayi kita akan bantu untuk kita membiasakan diri. Walaupun usia baru beberapa minit, mereka lebih expert dalam mencari puting dan menyedut susu pertama di dunia.

Jadi ibu jangan risau. Walaupun payudara kecil, tetap ada susu kolustrum untuk anak kita. Kenapa perlu diletakkan di dada ibu sesegera yang mungkin?

Ransangan kulit ke kulit sangat memberi kesan positif untuk bayi dan ibu. Teruskan membaca kesan positif dengan meletakkan bayi terus di dada ibu.

  1. Ibu dan anak dapat membina jalinan kasih sayang @ bonding tanpa batasan lagi.
  2. Sentuhan kulit ke kulit akan merangsang penyusuan susu ibu dan membantu kejayaannya. 
  3. Bayi lebih selesa dan rasa selamat dalam dakapan ibu. 
  4. Bayi belajar untuk mengenal puting dan payudara ibu buat pertama kali & mula membiasakan diri. 
  5. Menggalakkan pengkolonian bakteria baik dari badan ibu kepada badan bayi. 
  6. Menenangkan bayi. 
  7. Menghilangkan dan melupakan kesakitan yang ibu alami. 
  8. Menstabilkan pernafasan dan denyutam jantung bayi. 
  9. Bantu penyesuaian metabolik dan penstabilan gula dalam darah bayi. 
  10. Bayi kurang menangis jadi mengurangkan tekanan dan penggunaan tenaga bayi.

Jadi ibu yang bakal melahirkan anak, bayangkan saat-saat indah ketika pertama kali anak diletakkam di atas dada anda. Mungkin ini akan mengurangkan nervous ibu yang menantikan saat kelahiran bayi nanti. Saya sentiasa nantikan saat – saat indah itu. Ia sangat priceless 😡

By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382
www.sarawakauthentic.blogspot.com

Berada di Seksyen 7 Shah Alam dan kawasan sekitar, Bandar Bukit Raja, Klang dan Setia Alam, penghantaran terus boleh diuruskan.