Kenapa nak ambil supplement sedangkan susu ibu adalah yang terbaik?



Sesungguhnya saya tak paksa pun atau katakan anda tergolong dalam golongan yang teruk jika tak ambil supplement. Supplemen ni makanan tambahan. Terdiri dari pelbagai nutrisi seperti vitamin yang memang ada dalam makanan harian kita. Namun, kenapa walaupun kita dah makan at least 3x sehari, badan masih tidak bermaya? Tidur malam masih tak cukup untuk bagi kesegaran di pagi hari? Kenapa anak kerap jatuh sakit walaupun diberi susu badan?

Inilah antara sebab-sebab penting, kita yang berkemampuan mencuba supplemen Shaklee. Supplemen Shaklee lebih kosentrate. Bermakna apa yang ditulis dilabel, itulah kandungannya. Ia dah dibuat kajian saintifik supaya penyerapannya optimum dan memberi kesan pada tubuh.

Berbalik pada konsep penyusuan. Untuk berjaya, badan ibu perlu sihat, mood kena baik. Jadi, pengambilan vitamin-vitamin dalam set penyusuan Shaklee membantu untuk ibu terus cergas, kurang stress, kurang penat dan dengan stimulasi yang tetap akan membantu menambah susu ibu, insyaAllah.

Oleh kerana nutrisi yang banyak, anti bodi ibu juga akan bertambah. Sedangkan susu formula pun telah ditambah dengan pelbagai vitamin dan mineral untuk menambah baik kualiti susu supaya dapat menyerupai susu ibu. Jadi, demi memberi khasiat yang baik untuk disalurkan pada anak yang disusui dengan susu ibu, kesihatan dan pemakanan ibu perlu dijaga. Berbelanjalah demi kualiti kesihatan anda sendiri dan mudah-mudahan ia dapat disalurkan pada bayi anda juga.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, ramai yang sudah berjaya dan yakin. Kesihatan itu nikmat yang terindah dan bukan wang ringgit yang jadi ukuran.  Nak tau tentang set penyusuan Shaklee, boleh email saya. Ia terdiri dari vitamin C, B Complex, Alfalfa dan Vitalea. Untuk kalsium yang penting untuk wanita dan ibu menyusu, boleh tambah Ostematrix. Bagi yang sukakan soya dan ada lebihan wang, Energizing Soy Protein sangatlah best. Boleh bantu dapatkan kulit yang cantik dan kurus juga.


Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com