Kebaikan untuk bayi

Sebagai ibubapa, kita pasti nak yg terbaik untuk anak, pengarang jantung kitakan. Jadi mulakan dengan cara yang paling mudah dan seawal mungkin iaitu dengan menyusukan badan secara eksklusif .

Antara kebaikan susu ibu adalah:

  • Susu ibu mudah dihadam. Bayi tiada masalah kembung, cirit-birit dan tidak meragam jika ibu menjaga pemakanan.
  • Bayi menyusu badan menggerakkan lebih 44 otot rahang berbanding hanya empat untuk penyusuan botol. Ini membantu pertumbuhan bentuk gigi yang cantik dan cepat bertutur.
  • Susu ibu mengandungi semua vitamin dan antibodi yang diperlukan bayi.
  • Bayi menyusu badan kurang terkena jangkitan penyakit.
  • Bayi lebih tenang.
  • Tak perlu mengusung banyak barang untuk membancuh susu jika kita keluar bersama bayi.
  • Murah eh Percuma dan selamat.

Ketahuilah, menjadi ibu bukan sekadar melahirkan, malah tanggungjawab kita lebih dari itu. Dan tentunya, tanggungjawab pertama yang dipikul sebaik saat wanita itu bergelar ibu adalah menyusu.