Garam, bayi dan akibatnya

Berapa byk garam yg kita perlukan? Umumnya 9-10gram sahaja. Kita ambil banyak itukah ataupun terlebih sudah. Kalau badan kita sihat walafiat contohnya tak sakit or amalkan supplement dan cara hidup cergas, garam boleh disingkarkan melalui ginjal menerusi air kencing.

Bayi pula jika diberikan makanan org dewasa, mungkin tak mampu nak singkirkan natrium yang terkumpul. Ini mungkin kelak boleh membawa pada penyakit ginjal, kerosakan hati dan otak hingga boleh membawa maut juga. Kenapa? Hakikatnya, bayi belum memiliki keupayaan memproses kuantiti garam yg banyak kerana pembentukan ginjal yg belum sempurna.

Paling mudah dan selamat, susuilah bayi sehingga usianya 6 bulan secara ekslusif. Selepas usia itu, sediakanlah makanan yg dimasak di rumah tanpa garam. Jika memilih makanan bayi yg dibeli, harus pastikan kandungan natrium adalah rendah.

Kanak-kanak pula digalakkan memilih buah-buahan. Pengambikan snek dan makanan ringan perlu dikawal. Cuma jadikan makanan yg kurang garam sebagai snek.

– Posted using BlogPress from my iPhone