Uncategorized

Doa Amalan Untuk Mendapat Anak

Assalamulaikum. Saya faham anda sedang diuji, belum lagi dikurniakan anak. Bukan kita sahaja, Nabi Zakaria pun turut diuji Allah. Jika kita mahukan rezeki anak dan redha Allah, latihlah diri dengan pemakanan sihat, berat yang idea dan jangan lupa amalan baik dengan doa-doa ni . Boleh baca setiap kali selepas solat.

Doa dan surah amalan untuk mendapakan anak

Surah Maryam ayat 4-6

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِن وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا
Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.

Surah Al-imran Ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Surah Al-Ambia, Ayat 89

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

InsyaAllah, selagi kita berusaha dan redha dengan ujian Allah ni, Allah tahu dan mendengar doa kita. Tip saya, simpan dalam phone atau print. Letak hampir dengan tikar sejadah. Bacalah sekerap mungkin disamping jangan putus asa berusaha. Sekiranya, masalah period yang jadi punca kurang subur anda, boleh rujuk sini.

Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.