Diet kehamilan yang sihat

Semasa mengandung, penting untuk para ibu menambah pengambilan vitamin dan mineral tertentu seperti asid folik dan zat besi. Penambahan kalori hanya perlu pada tiga bulan terakhir, itupun sebnyak 200 kalori sehari. Makanan ringan tak membekalkan kalori dan hanya sedikit atau tiada nutrient.

Jika diet selama ini tidak seimbang, cubalah ubah kepada diet seimbang. Selalunya, masa awal kehamilan, ibu akan kurang berselera makan. Mungkin kerana loya atau mabuk. Kemudian selera makan kembali normal dan pada akhir kehamilan bertambah sedikit. Kalaulah terasa pedih hulu hati dan asyik rasa kekenyangan, bolehlah amalkan makan kerap dengan jumlah yg sedikit-sedikit. Kiranya, anda hanya perlu makan bila lapar dan ambil perhatian tentang berat kerana biarlah berat naik pada kadar yang betul supaya tak mengundang sakit lain. Semua ni, doktor juga akan observe pada setiap bulan masa checkup.

Makanan Pilihan Sewaktu Hamil




Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan.  Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi).

Diet seimbang penting. Vitamin dan mineral tambahan sewaktu hamil menjamin para ibu mendapat keperluan nutrien yg sepatutnya. Asid folik penting sebelum dan semasa kewamilan. Kekurangnya ada kaitan dengan kecacatan tiub saraf bayi seperti spina bifida. Pakar juga menasihatkan supaya ambil 10mcg Vitamin D setiap hari. Zat besi juga penting. Doktor akan memastikan anda mempunyai tahap zat besi yang mencukupi.

Kalau anda vegetarian atau ada sejarah keluarga yg berpenyakit diabetis, diabetis sewaktu hamil, praeklamsia atau anemia, sila maklumkan pada doktor. Juga kalau ada sejarah melahirkan bayi kurang berat badan. Doktor akan menasihatkan pengambilan supplement yg sesuai.

Namun, Vitamin A yg terlebih tak baik. Vitamin A ia mengandungi retinol yg berasaskan haiwan yg boleh menjadi toksik keada bayi jika terlebih. Vitamin A jenis karotin dr tumbuhan adalah selamat sewaktu hamil. Paling penting semua vitamin dan supplemenet dimakan mengikut dos yg dinasihatkan dan jangan terlebih dos.

Makanan yang tak sesuai sewaktu hamil

  • Makan laut mentah –  sushi, kerang dlm koew teow kalau ia tak direbus dahulu, steamboat(pastikan air mendidih dahulu)
  • Masakan tak cukup masak, half – done dari daging, ayam, itik, telur untuk mengelak sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi. Jadi pastikan ia well-done, dimasak sempurna.
  • Kalau anda atau keluarga ada sejarah alergik, ekzema, asma, elakan makanan perangsang penyakit ini seperi kekacang supaya dlm mengurangkan risiko bayi ada sama.
  • Kurangkan kafein kerana berisiko untuk mendapat keguguran dan berat bayi rendah jika diambil secara berlebihan sangat, lebih dari 300mg sehari.

Apa yang kami nasihatkan

Preggy mama 1 – utk 1st trimester 


*Vitalea / Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
* B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
* Vitamin C
* Ostematrix / alcium (120 caplets)

Preggy mama 2 – utk 2nd dan 3rd trimester 

*Vitalea / Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
* B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
* Vitamin C
* Ostematrix / alcium (120 caplets)
* 30’s capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)