Day 3 Star Cruise Libra for Shaklee Incentive Trip 2017

Hari ketiga cruise libra, kami sampai Phuket. Di Phuket cruise tak boleh park dekat dengan Chalong Pier so kena naik boat lain ke jeti.

Boat tu la untuk transfer kami dari cruise ke jeti

Boat tu la untuk transfer kami dari cruise ke jeti

Di jeti town ni pulak kami kena berjalan kaki macam rombongan sekolah tu ke tempat parking bas.

Boat ke Chalong Pier

Boat ke Chalong Pier

Naik bas dalam 20 minit untuk ke seberang pulau & jeti lain. Kat sini kami naik boat laju ke private island.

Speed boat ke private island

Speed boat ke private island

Shaklee book half side island tu untuk kami beraktiviti. Sementara orang lain dok beraktiviti lasak, saya pi meninjau-ninjau kot ada tempat mengurut.

Private Island, lupa nama Carol Island kot or Banana Island

 

Jumpalah satu. Setengah jam ja dapat sebab trip boat kami datang tu yang last. Huhu ada 10 boat tapi depa bagi yang beraktiviti pi jalan dulu.

Sedappppp sangattt diaaa uruttt.
Balm yang dia guna pun bestt, meresapp dan berkesann sangatt !!! Kalau pi “Banana” Island tu, jangan lupa try mengurut tau.

Masa trip ni saya mengandung. Sejak naik Langkawi semalam tu macam sakit sikit kaki, then berjalan pula tadi lepas turun cruise. Tapak kaki sakit tapi pregnant mom ni tak boleh sebarangan urut.

So tapak kaki saya tak bagi dia kacau. Urut dan belailah bahagian2 lain, tolak perut & tapak kaki ja.

Lepas dah mengurut, kami lunch di sini. Best ! Siap ada pulut mangga original dari Thailand. Mabeless sangat !

Kerabu mangga

Kerabu mangga

 

Buffet lunch on the beach

Buffet lunch on the beach

 

Pulut mangga dengan santan

Pulut mangga dengan santan

Lepas Zohor di pantai tu, kami pun gerak balik untuk shopping2 di Phuket.

Beriya saya menapak ke Hardrock Cafe sebab nak carikan wallet untuk suami sekali Hardrock tak jual wallet. Huahuahua :))
Kena sebijik.

Hardrock cafe

Mujurlah dekat2 Hardrock tu ada bazaar untuk shopping ! So tak sia-sia la. Belilah t-shirt untuk anak2 dan goodies sikit untuk customer & downlines.

Phuket coconut ice cream

Phuket coconut ice cream. Nak tengok the making of coconut ice cream, boleh klik sini.

Malam tu kami ada dinner dengan kapten kapal ! Dinner full course. Ada lobsterr !!!

Layanlah gambar makanan yang sedap dan meleleh ni. InsyaAllah semua cruise ada acara dinner yang sodap ni, tapi yang FREE & sponsored hanya dengan bisnes Shaklee la !

Full course dinner

 

Lobster

Lobster

Eh lupa nak share, korang yang mengandung tu, wajib bawa bekal supplemen Ostematrix, Performance Drink, Omega Guard kalau join cruise dan aktiviti pula banyak berjalan. Baru boleh berjalan dengan HAPPY !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge