Cinch Shake Mix : Bagaimana supplemen Shaklee bagi kurus?

Bolehkah ambil Shaklee jadi kurus? Boleh! Jika anda mengikut panduan yang diberikan. Ramai yang dah berjaya kurus, kenapa tidak anda.

Berapa berat yang dah saya buang..mungkin dalam 15 kg kot. Jika dibandingkan masa mengandung la. Jika nak banding dengan berat sebelum mengandung dalam 54kg, sekarang beza 5 kg. Lagi ringan dari dulu..kurus tak? Biasa ja ek?  Ramailah juga kata kurus. (Gemuk sangatkah aku dulu..huhu) Dah orang asyik kata so saya nak share jugalah.. Asyik share testimonial orang lain ja kan.

Berapa ya berat sekarang.. 48-49kg gitulah. Alhamdulillah.. Saya kecil ja orangnya. Memang tak suka sangat jenis skinny.. So berat ni dah ok bagi saya. Ada orang yang suka kurus lagi, 48 kg pun dah kira berat.Ikutlah BMI, BMR dan target masing2.

Apa supplemen yang dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan?

Set Kurus Shaklee dilengkapi dengan beberapa supplemen yang power iaitu Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix, Lecitin dan Herblax. Selain tu Vitalea, Alfalfa dan Omega Guard juga sangat membantu diet menurunkan berat. Wajib konsult untuk set yang memenuhi keperluan dan budget masing-masing. Kali ni saya nak share si cinta hati.

Cinch Shake Mix

Ini sangat best dan rekomen dari saya ya. Dari minum air manis lain then asyik ulang2 minum, nak tak minum air yang bantu membakar lemak? Gila tak nak!

2 scoop cinch shake mix mengandungi 190 kalori. Favourite resepi ada juga dan lagi jimat kalori dan duit! Lebih istimewa Cinch Shake Mix tiada laktosa, rendah indeks glisemik dan dari soya non-gmo. Nilai glisemix cinch shake mix adalah 22. Ini bermakna ia membebaskan gula dengan perlahan, jadi kita jadi lambat lapar dan tenaga berpanjangan. Sesuai juga untuk penghidap kencing manis.

Bukan saja tu, ia sangat lengkap dengan multivitamin, protin dan serat. Kenyang dah satu point yang sangat awesome. Ni ada multivitamin.. apa yang best sangat ada multivitamin ni?

Harga 1 canister Shaklee Cinch Shake Mix adalah RM173

Multivitamin dalam Cinch Shake Mix

Ok..kalau kita diet, kita tahan lapar..kadang badan ni tak boleh berfungsi seoptimum seperti sebelum ni..sebab banyak dah kita cut. So multivitamin akan bantu support dan lengkapkan mana yang kurang. Jadi kesihatan kita masih di level tip top walaupun kita ikat perut. Eh saya tak ikat perut pun. Saya amalkan makan kerap 😀 tapi kuantiti terkawal setiap kali makan.

Vitamin apa yang ada dalam Cinch Shake Mix?  Ada Vitamin A, C, D, E dan B. Komponen Vitamin B dalam Cinch Shake Mix termasuklah Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6, Biotin dan Pantothenic Acid. Lengkap 8 jenis. Ini sangat membantu dalam metabolisme badan di mana makanan ditukarkan ke bentuk tenaga. Tahu tak kadar metabolisme semakin menurut dengan meningkatnya usia? So, jangan pelik kenapa bila makin kita tua, kita makin berisi ! Sebab tu kena top up dengan supplemen atau bersenam untuk maintain ya.

Mineral dalam Cinch Shake Mix

35% mineral iaitu kalsium, magnesium, zink, selenium, copper dan mangan terdapat dalam setiap hidangan cinch shake mix bersama 7% klorida. Mineral ini sangat penting untuk kecergasan tubuh badan kita termasuklah kesihatan tulang. Kalau kita diet suka hati ja, risau nanti semua keperluan penting ni akan terabai. Sebab tu, ramai yang lembik dan semput walaupun sudah semakin kurus jika diet suka hati ja.

Leucine dalam Cinch Shake Mix

Ok apa lagi yang best ada dalam cinch? Cinch shake mix juga mengandungi leusine, sejenis asid amino. Fungsi leusine ni memang sangat jarang ada kat produk lain. Kalau produk lain, kita diet dan turun berat. Lepas berhenti diet, berat mencanak naik. Itu tidak berlaku semasa diet cinch shake mix dengan formula leucine ni. 

Bila tengah membakar lemak, leucine menjaga otot. Fungsi otot untuk kawal
metabolisme. Jadi semasa menurunkan berat atau sudah mencapai berat ideal, otot tetap ada untuk jalankan fungsinya. Tiadalah kesan yo-yo itu jika amalkan cinch shake mix.
Jika otot tak ada, metabolism pun jatuh menyebabkan cepat letih dan naik berat. Itulah yang berlaku bila kesan yoyo pada diet biasa di mana berat naik kembali akibat kehilangan otot semasa berdiet.

Serat dalam Cinch Shake Mix

Serat pada cinch adalah sebanyak 6 g untuk setiap 2 scoop cinch. Serat membantu pelawasan. InsyaAllah diet kita lebih mudah dan sempurna. Tak ada nak guling2 sakit perut.

Rasa Cinch Shake Mix

Cinch sangat enak didatangkan dengan 3 rasa untuk dipilih. Sama ada coklat, cafe latte atau vanila. Bancuh 1 atau 2 scoop dah enak. Kalau rajin nak cuba pelbagai resepi cinch shake mix pun boleh. Cuma rajin atau tak ja.

Resepi dan cara mudah bancuh cinch shake mix

1. Masukkan 2 scoop cinch shake mix ke dalam shaker yang berisi air suam. Shake dan minum.
2. Masukkan 2 scoop cinch shake mix bersama 1 cawan susu rendah lemak. Shake dan minum.
3. Masukkan 1 scoop cinch shake mix bersama 1 sudu Energising Soy Protein dan air suam. Shake dan minum.

Resepi cinch shake mix yang lebih sedap, awesome dan yummy

Resepi Cinch Vanila Strawberry Kiwi Smoothie

1. 1 cawan jus epal sejuk
2. 2 scoops Shaklee Cinch Shake Mix Vanila
3. 1/2 pisang
4. 1 kiwi
5. 5 strawberry yang disejukkan
6. 1 sudu teh madu
7. Kisar semua sekali dan nikmatinya.

Resepi Cinch Vanila Strawberrry Banana Shake

1. 2 sccops shaklee vanila cinch mix
2. 1 cawan susu rendah lemak
3. 1 pisang
4. 5 biji strawberry
6. Ice cubes
7. Campur, shake dan minum

Harga Cinch Shake Mix

Harga Cinch Shake Mix adalah RM 173. Kalau jadi ahli lebih murah sebanyak 20%. Kalau promo macam sekarang ni April 2015, ada tawaran buy 3 free 1. Ha.. Rugi gila tak rebut kalau korang serius nak kurus dengan sihat dan cepat!

Dengan belian Cinch Shake Mix dari saya, panduan pengiraan kalori dan jadual makan eksklusif sesuai dengan cara hidup anda. Selain tu, senaman yang sesuai dengan berat dan gaya hidup juga akan dicadangkan. Tujuan saya semoga anda gembira dan berjaya mencapai target berat yang diidamkan.

Sekiranya anda juga mahu mengamalkan Set Kurus Shaklee untuk menurunkan berat badan yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!

Ketahui
dan
Juga

Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.