Check list / Persediaan bersalin @ menyambut kelahiran bayi

Tahniah pada yang bakal melahirkan bayi. Hehe.. Syukur saya dah selamat dan kini anak ketiga saya, Nuh Iman sudah sebulan dan saya masih lagi dalam pantang. Jadi saya nak kongsikan checklist persediaan menyambut kelahiran bayi.. Kadang-kadang ada yg berguna ada yang tidak. Itu saya letak bahagian optional ya @ future enhancement @ not so critical😄

Baby checklist / Persediaan untuk bayi

baju siang ( minima 4 pasang)
Nota: seperti baju lubang2, romper, baju tangan tgn pendek, seluar pendek/panjang
baju tidur (minima 4 pasang)
Nota: Lengan panjang, 2 pieces baju seluar asing atau 1 pieces combine baju & seluar , butang di tengah
mitten & bootie ( lagi banyak lagi bagus)
Nota: sarung tangan dan sarung kaki
selimut 1-2 helai minima
barut  4-6 minima ( saya beli 12 helai barut) 
tuala 1-2 helai minima
topi  2-3 
minyak telon untuk elakkan kembung perut
minyak zaitun untuk urutan bayi
ubat untuk tali pusat bayi dibekalkan oleh pihak hospital selepas discharge. Jika habis tapi tali pusat belum luruh, boleh beli lagi di farmasi.
pampers / cloth diaper
Nota: beli newborn 1 pek dahulu. Mungkin pek kedua sudah bertukar pada  S.
Head to toe mandian bayi ..
Nota: pilih yang natural sebaiknya tanpa chemical @ paraben
nappy cream .. Persediaan jika anak mengalami merah2 di punggung.
termometer
halba dan sapu tangan kecil untuk mendemah bayi .. Ada juga yg sudah siap dibuat & dibalut. 
Nota: panaskan/goreng halba atas api seketika sahaja. Kemudian masukkan ke dalam sapu tangan kecil dan diikat. Demah bayi selepas mandi atau ketika bayi tidak selesa akibat kembung; ditapak kaki dan perut.
– bedak, lotion jika nak.. Anak2 saya memang bebas bedak dan lotion. Anak2 saya tetap wangi di hidung saya walaupun x wangi di hidung orang lain. 😊. 
Wet tissue
changing mat
besen mandi baby
set tempat tidur 
Nota: bantal, booster, tilam kecil, kelambu jika rumah banyak nyamuk

Checklist dibawa ke hospital untuk dipakai semasa hendak pulang/discharge: 

Serba satu

  1. Baju baby
  2. Barut
  3. Mitten & bootie
  4. Topi
  5. Selimut
  6. Lampin/dyper in case hospital tak provide

checklist barang baby untuk dibawa ke hospital
List barang baby untuk dibawa ke hospital

Pampers & baju bayi semasa di wad selalunya disediakan pihak hospital swasta. So cuma prepare untuk dipakai semasa pulang. Hospital kerajaan saya tak pasti. 

Optional / Boleh beli kemudian 

– stroller
– baby seat
– baby carrier/sling
– penyepit kuku baby.. bila dah anak tiga ni, penyepit kuku biasa pun dah lepas
– penyedut hingus.. just in case hidung baby tersumbat kalau selsema 
– baby cot @ katil bayi

Checklist / persedian ibu comel yang bakal melahirkan bayi

– pad / tuala wanita
– stokin
– bengkung
– krim panas / kapur + limau nipis untuk disapu sebelum pakai bengkuk
– pilis, param.. Optional
breast pad
– disposible panties jika suka
persedian mandian herba semasa berpantang.. optional
Nota: mandi air rebusan serai wangi @ ada yg siap dipek menjadi serbuk 
– penyusuan dan penyimpanan susu ibu :
breast pump, botol, puting, penutup puting, plastik penyimpanan susu untuk storage, strellizer, warmer.
– nursing baju @ baju yang mudahkan penyusuan
– kain batik 
– vitamin berpantang Shaklee 😃
– tungku batu/besi & kain untuk membalut @ tungku moden/elektrik

Checklist keperluan ibu untuk dibawa ke hospital

tudung
– sepasang baju untuk pakai pulang & mudahkan penyusuan
– stokin
– bra @ nursing bra
– disposible panty
– pad
– air selusuh jika ada
– bekas air minum
– bahan bacaan / tasbih
– sikat 
– tuala
– toiletries

checklist keperluan ibu untuk ke hospital
checklist keperluan ibu untuk ke hospital

Persedian untuk ke hospital tu boleh dibuat mulai bulan ke-8 kehamilan.. Letak dalam satu beg pakaian di dalam kereta. 
Bagi yang akan ditemani suami @ anak lain di hospital, prepare juga pakaian persalinan mereka. Rancang dan berbincang siapa yang akan menjaga anak-anak. Seperti kelahiran anak kedua saya di Columbia hospital, Miri.. Anak pertama saya, Nazhan menemani saya dihospital & semasa melahirkan anak berada di luar labour room dan suami keep checking on him. Namun pada kelahiran ketiga di DEMC Shah Alam, area labour room tidak membenarkan kanak-kanak bersama jadi perlu dapatkan penjaga untuk anak-anak.
Oh, baru tadi sahabat saya selamat melahirkan bayi lelakinya, tahniah Emma Darleen atas kelahiran Muhammad Darell Adyshree.

P/S : Bagi ibu mengandung yang penat, mengah dan sewaktu dengannya semasa mengandung ni, kawan saya ada kongsikan petua cergas semasa mengandung memandangkan ramai ibu hamil yang senasib dengannya.


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Kakak ni… from iReach HD on Vimeo.

By:
Ida Khairani
admin@mysupervitamins.com