Uncategorized

Cara dan Tips Mengandung Anak Perempuan

Alhamdulillah, sehingga kini kami telah dikurniakan 2 anak lelaki dan seorang perempuan walaupun tanpa merancang jantina. Cuma untuk kali ke-empat nanti, sajalah hendak cuba-cuba untuk merancang jantina anak. Mana tahu menjadikan. Bolehlah menambah peratusan kesahihan teori, tip dan petua mendapatkan anak perempuan di bawah ni.

Petua untuk mendapatkan anak perempuan berdasarkan hukum sains dan kitaran haid.

Untuk mendapatkan anak perempuan, sperma suami perlu membawa kromosom X dan bergabung dengan ovum yang sememangnya hanya mempunyai kromosom X juga.

Secara asasnya, wanita adalah hasil percantuman kromosom XX, manakala lelaki pula XY.  Jadi beribu-ribu sperma lelaki, terdiri dari X dan Y.

Jika X yang berjaya dan bercantum, maka hasilnya adalah XX iaitu bayi perempuan.

Jika kromosom Y yang berjaya, hasilnya adalah bayi lelaki iaitu XY.

Bayi perempuan adalah hasil percantuman kromosom XX dari ibu dan ayah.

Jadi, secara teorinya, benih lelaki yang menentukan jantina. Kalau berderet ja anak lelaki atau berderet ja anak perempuan, jangan salahkan isteri ya.

Ciri-ciri benih lelaki juga berbeza. 

  • Benih Y lebih cergas dan laju bergerak tetapi lebih cepat mati. 
  • Benih X lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
  • Benih Y lebih tahan cecair yang beralkali.
  • Benih X pula lebih tahan dalam cecair berasid.
Berdasarkan sifat-sifat ini, kita boleh mencuba untuk merancang mendapatkan anak perempuan.

Pemakanan:

Makan makanan yang bersifat asid dan elakkan makanan bersifat alkali. Makanan bersifat asid seperti limau, asam, nenas dan cuka. Elakkan makanan bersifat alkali iaitu makanan laut. Pilih ayam dan daging berbanding sotong, udang dan ikan.

Apa-apapun 3 bulan sebelum konsepsi lagi, ibu patut mula ambil asid folik (B Complex) ya.

Kitaran Haid dan Waktu Subur

Kenal pasti hari subur diri sendiri. Biasanya adalah hari ke 14 jika kitaran 28 hari. Namun setiap orang berbeza. Kenal pasti cara kita waktu subur dan ciri-ciri waktu subur di sini atau dengan bantuan alat kesuburan khas, OPT (Ovalation Prediction Kit). Elakkan berhubungan seks pada hari subur kerana kebarangkalian kromosom Y yang pantas dan laju yang akan bercantum dengan X, nanti jadi anak lelaki. 
Maka, lakukan aktiviti seks selepas haid, sebelum waktu subur. Boleh lakukan, selang sehari. InsyaAllah, harap2nya, sperma dengan kromosom X yang bertahan lebih lama, boleh bertahan sehingga waktu subur tiba. Selepas tiba waktu subur, stop. Jangan bersetubuh selama 5 hari bermula dari waktu subur.

Contohnya, period day 1-7. Lakukannya pada hari ke 8- 12. Waktu subur untuk kitaran haid 28 hari adalah hari ke 12 – 16 secara teori. Stop mulai hari ke 12 hingga ke 16. Seterusnya ada hari tidak subur.

Ingatlah ini teori ja. Janganlah sampai bergaduh laki bini sebab nak planning jantina yang belum tentu sahih ni. Kena berbincang bersama. OK !!! Ia hanyalah teori dan bukan 100% tepat !!!!!


Yang alami masalah haid tidak teratur, boleh usaha dengan GLA.

Formula mendapatkan anak perempuan mengikut kalendar Cina.   

Kalender Cina Peking untuk tentukan jantin anak lelaki atau perempuan

Cara guna Kalender Cina untuk mendapatkan anak perempuan ni :

Contohnya, usia ibu ketika mula mengandung 33 tahun dan mula mengandung bulan November, jadi jangkaan bayi adalah anak perempuan.

Contoh lain, usia ibu 34 tahun, persenyawaan dan mula mengandung, bulan Februari, jadi bakal mendapat anak perempuan. Begitu juga jika mula mengandung bulan April, Mei, Jun, Julai, September dan Oktober.

Jika plan nak anak lelaki pula di usia ibu 35 tahun, bulan Januari, Februari, April, Ogos, November dan Disember boleh mula mengandung.

Hehe, boleh percaya ka? Saya pun tak pasti bagaimana masyarakat Cina Peking boleh mengkaji dan jumpa formula ni.. Yang pasti, semuanya ketentuan Allah. Suka suka nak buat bolehlah.

Mai saya test untuk anak-anak saya yang dah selamat dilahirkan, adakah ia tepat dalam mendapatkan anak perempuan dan anak lelaki. Sukar juga nak tentukan sebab saya tak plan jadi tak pasti anak-anak ni disenyawakan bila.. Hehe.. Jadi, saya check conception date berdasarkan tarikh lahir mereka.

Anak pertama : 25 tahun – Lelaki – Birthdate 26/12/2007. Conception date 31/3 ke 7/4.
Anak kedua : 28 tahun – Perempuan – Birthdate 26/1/2010. Conception date 1/5-9/5.
Anak ketiga : 31 tahun – Lelaki – Birthdate 18/12/2013. Conception date 23/3-31/3.

Cuba korang check, mengena tak?

Lagi tip mendapatkan anak perempuan, adalah berdasarkan posisi semasa melakukan persetubuhan dan teknik tertentu sewaktu klimaks. Ini, saya baca sendiri-sendiri ja. Hehe.. Boleh google kalau nak cuba. :P. Jangan lupa amalkan Set Kehamilan Shaklee untuk kesihatan ibu dan bayi.

        

By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382