Uncategorized

Cara Buat Pati Daun Betik Untuk Demam Denggi

Macam mana nak elak denggi? Kadang-kadang kita dah jaga persekitaran rumah supaya tak ada air bertakung. Dah sapu losyen anti nyamuk.. Tiba-tiba ja dah ada tanda-tanda nak kena demam denggi. Ujian untuk kita dari Allah.. Apa yang kita boleh usahakan, buat ja. Mudah-mudahan Allah bantu dan pilih kita untuk atasi penyakit bahaya ni. 
Bila suhu demam kita tinggi dan doktor suspect kita kena denggi, dia akan suruh kita ambil ujian darah. Beberapa jam dapat result. Bacaan platlet darah untuk orang sihat dan normal 150 ke atas. Kalau demam denggi, 100 ke bawah tapi kalau bawah 150 tu, langkah berjaga-jaga dan rawatan awal dah kena mula.
Demam denggi tak ada ubat pun. Kalau keta tahan kat wad, kita mungkin akan dimasukkan air. Lain-lain ubat bergantung pada keadaan diri sendiri. Kalau demam, diberi vitamin c dan ubat demam. Kalau muntah dan susah nak makan, boleh minta ubat muntah.
Kalau tak nak sebarang ubat dan nak rawatan tradiosional pun, adalah pilihan kita. Nutriferon, ESP, Vitamin C, Performance Drink dan Vivix a.k.a Supplemen Untuk Lawan Denggi adalah antara produk yang saya cadangkan untuk demam denggi. 
Selain tu, tak lain tak bukan air daun betik dan sup ketam adalah sangat glamur dan serasi dengan kebanyakkan orang untuk menambah platlet darah. Resepi sup ketam ada saya kongsikan di sini. InsyaAllah saya tempek kat sini juga nanti.
Kali ni, saya nak kongsikan ‘Cara nak buat air dari daun betik atau pati daun betik’ .
Daun Betik yang Legend
1. Ambil 2 helai daun betik dan basuh.
2. Rendam daun selama 15 minit.
3. Bilas setiap daun bersih-bersih.
4. Tos dan keringkan daun.
5. Potong daun halus-halus.

Tapis dan picit -picit dengan sudu untuk keluarkan arinya.

6.Tumbuk daun sampai lumat. Kalau guna pengisar, jangan tambah air.
7. Gunakan penapis dan tekan dengan sudu untuk keluarkan air atau pati daun betik.

Pati daun betik yang sudah siap hasil dari 2 helai daun.

8. Air daun betik yang sudah siap boleh disimpan dalam botol.
Cara makan :
Ambil 2 sudu makan air betik setiap hari selama 3 hari berturut-turut.
Untuk kanak-kanak, minta pandangan doktor dulu.
Ini Cara-cara buat jus atau pati daun betik yang sangat ramai orang serasi dan cuba untuk naikkan platlet darah jika kena demam denggi. Gambar ni kawan share dalam group whatapps.

Jangan lupa kongsikan tutorial bergambar ‘Cara Buat Air Daun Betik untuk Demam Denggi’ ini jika manfaat.

Nak tahu apa cadangan pakar untuk demam denggi?


Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? from iReach HD on Vimeo.

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com