Bengkak Payudara

Apakah bengkak payudara?


Apabila ibu yang menyusukan bayi merasakan bahagian payudara panas, hangat, merah dan bengkak. Sedangkan susu tidak mengalir keluar.

Apakah punca berlakunya bengkak payudara?

  • bayi tidak menyusu dengan kerap
  • bayi diberi susu formula
  • bayi menghisap dari puting sahaja
Bagaimana nak mengelakkan bengkak payudara?
  1. Susui bayi sekerap mungkin sekurang kurangnya 8-12 kali dalam masa 24jam termasuk waktu malam
  2. Jangan bagi bayi minuman atau makanan kecuali susu ibu bagi bayi kurang dari 6 bulan kerana ia akan menyebabkan bayi kenyang dan kurang permintaan susu.
  3. Kosongkan payudara secara kerap dan teratur sama ada
  • beri bayi menyusu secara terus 
  • memerah susu dengan tangan atau pump untuk dibuat simpanan atau tidak
Bagaimana nak redakan bengkak payudara?
  • Tuam payudara dengan tuala panas/suam untuk rangsangkan hormon oksitoksin.
  • Perah/Urut payudara perlahan-lahan untuk melembutkannya
  • Tuam dengan tuala sejuk antara/semasa penyusuan untuk mengurakan kesakitan
  • Pakai bra bersesuaian
  • Letakkan kobis sejuk di atas payudara
  • Mandi dengan air suam
  • Ambil supplemen Lecitin kerana ia boleh mengurangkan bengkak dan mengelakkan clog duct (liang susu dari tersumbat)
Jika berlarutan, ibu di minta berjumpa doktor kerana bengkak yang berterusan boleh membawa sakit yang lebih serius.
     



Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

Untuk lebih mudah, pertanyaan boleh diajukan di borang ‘jawapan segera’ di bawah atau buat pesanan di order form ini