Benarkah sup ketam berkhasiat untuk demam denggi?

Sup Ketam sangat glamur dijamu untuk orang yang kena demam denggi.  Khasiatnya dikatakan mampu membantu menambah platlet darah dan mencepatkan pemulihan. Benar atau tidak, ramai yang telah mencuba dan berjaya mengatasinya. Tak rugi mencuba demi menyelamatkan nyawakan.

Nak tahu cadangan dari pakar nutrisi untuk demam denggi?

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? from iReach HD on Vimeo.

Perkongsian dari saya di ibustory.com tentang resepi sup ketam. First time buat resepi sup ketam time tu memang denggi tengah berleluasa. Stok nutriferon yang terkenal untuk kuatkan antibodi terutama time sakit dan denggi ni pulak terpaksa ibu jual pada orang yang lebih memerlukan. Jadi, kami makan sup ketam ja since masih sihat dan untuk precaution. Ketam pun tak pernah beli dan sup ketam pun tak pernah makan sebelum tu.

Ada 2-3 version resepi sup ketam ni. Tapi kalau betul-betul sakit, kadang bau pun dah buat nak muntah.
Baru-baru ni, mak mertua kena denggi dan ibu buat sup ketam macam resepi ketiga di bawah, ala chef gitu. Sekali dia tak lalu makan. MIL pesan soh buat kosong ja. Ha, ibu buat sekosong-kosongnya. Yang tu dia lalu makan & hirup supnya. Jadi, cubalah mana yang kena dengan tekak korang ya.
Resepi Sup Ketam Senang ! Ini yang mak mertua lalu makan masa kena denggi
– masak air sampai mendidih
– masukkan ketam
– tambah garam
Resepi ni saya buat bila saya nak cepat, lupa resepi dan tak sempat nak google2.
Resepi Sup Ketam Senang Ala Ida 
– masak air bersama kayu manis, cengkih dan bunga lawang
– masukkan ketam dan ubi kentang
– tambah garam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Resepi Sup Ketam macam Chef
Bahan-bahan :
Ketam
Ubi Kentang
Minyak Jagung
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
5-10 biji lada putih
Daun sup
Bawang goreng
Cara-caranya:
1. Tumbuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada putih dengan minyak jagung.
2. Tambah air dan ubi kentang dan masak sampai kentang empuk.
3. Masukkan ketam dan renih dengan api perlahan.
4. Tambah garam.
5. Tutup api dan hias dengan daun sup dan bawang goreng.
6. Kalau ada daun saderi dan lobak merah, boleh tambah juga. Save time tak payah masak sayur dah. Haha !!.
Selamat Mencuba 3 Resepi Sup Ketam ni ya ! InsyaAllah sedap, mudah, sihat dan dapat membantu tambah platlet semasa demam denggi.
Sumber : Ibustory.com