Uncategorized

Belajar dan elak bentan sebelum terkena

BENTAN?. Walaupun ada anak ramai, mungkin ada ibu yang tak tahu apa tu bentan? Mungkin sebab tak pernah alaminya. Apa pun, masih perlu ambil tahu sebab akibat terkena bentan teruk juga.

Pengalaman Kak Ida terkena bentan

Masa Kak Ida berpantang anak pertama dan kedua sangat mudah. Badan masih sihat dan cergas. Mak yang jaga jadi ikutlah apa dia cakap, mungkin sebab tu kak Ida selamat dari terkena bentan.
Bila berpantang anak ketiga pun, waktu berpantang Kak Ida ambil set berpantang Shaklee. Sepanjang berpantang, memang tak kena bentan. Badan dah full recover. Masa sebulan check up pun, rahim dah kecut dan kembali pada kedudukan dan saiz asal. Seronok punya pasal, lepas habis pantang kami plan balik kampung. Sebelum tu pantang di rumah ja.
Beberapa hari nak habis pantang, kami balik ke Pulau Pinang, tidur rumah mak. Hari ke-40, bawa baby ke rumah tuknya. Sebelum tu singgah di pasar malam dulu. Beli air bandung, bihun sup dan di rumah tuk pulak dijamu cucur jagung. Seronok sungguh ibu yang habis berpantang ni makan macam2 juadah.
Tetttt… Elok ja sampai rumah mak balik, perut rasa masuk angin. Badan seram sejuk ja walaupun tak panas. Terus rasa nak pakai stokin balik dan lemah macam orang berpantang balik dah. Muntah tapi keluar air dan angin ja. Merasalah pengalaman pertama terkena bentan !!!! :((
Jadi kali ni Kak Ida nak kongsikan lebih lanjut info pasal bentan catatan dari seorang bidan yang Kak Ida baca di facebooknya.
Apa itu bentan? Macam mana boleh terkena bentan? Cara nak elak bentan dan apa perlu dibuat jika sudah terkena bentan ?

rawatan pulih dari bentan

Apa itu Bentan?


Bentan ialah keadaan bagi ibu- ibu selepas bersalin yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk melampau dan pening kepala.

Apa punca bentan?

Bentan boleh berlaku akibat memakan benda berbisa contoh memakan ikan berbisa,cencaru,bawal hitam ,melakukan kerja-kerja yang berat atau terhantuk ibu jari kaki dengan benda keras. 
Adoi.. Kak Ida sangat selalu terlanggar jari kaki. Sampai sekarang pun. Huhu. Ada tip dari kawan Kak Ida, balut siap2 ibu jari kaki tu dengan sapu tangan atau tisu biar tebal dan pakai stokin. Kalau terkena juga masih dilindungi. :D. Boleh pakai jugakan idea ni! Cubalah 😉

Apa nak buat segera kalau sudah terkena bentan?

Jika ini berlaku, ibu hendaklah berehat secepat mungkin, panaskan badan dengan meminum air panas, air gula panas, berselimut, sapukan minyak seluruh badan, bertungku di perut dan seluruh badan minta bantuan suami atau Ibu. ..

Memandangan tip di dari seorang bidan hardcore, beliau juga sarankan memakan jamu dan pemakaian pilis. Pilis ni yang dilumur di dahi tu. 

Langkah berjaga-jaga untuk elak bentan dan pulih cepat semasa berpantang.

Ibu harus jaga pemakanan dalam pantang dengan baik. Jangan terlepas pandang.
Ikutlah amalan Melayu tradisional mana yang releven, untuk kesihatan kita juga.

Elak : Elak makan makanan berbisa seperti ikan bawal hitam, pari , duri , sembilang dikuatiri BENTAN PINTU RAHIM.

Elak : Selain tu ikan unsur gatal pon tak dibenarkan antaranya kembung, tamban, cencaru & tongkol 

Elak : Mandi dengan air sejuk atau mandi dengan lama.

PETUA tradisional untuk pulih dari bentan

Ambil cekur, lada hitam ,halia dan bawang putih dan ditumbuk 
Ramuan tadi dibalut pada IBU jari kaki. 
Untuk bentan yang teruk boleh minum air rebusan secekak sawi & jintan manis bersama gula batu..Amalkan seminggu 2x baik juga untuk mencerahkan mata.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT jadi jagalah pantang sebaik mungkin.. Nama pon berpantangkan jadi banyaklah pantang larangnya. Redha jela.. Demi kebaikan kita & keluarga juga .

Last but not least, semasa berpantang, elakkan mandi sejuk , jaga pemakanan, digalakkan cium jintan hitam yang telah dibunjut untuk elak bentan. Selamat berpantang dan mencium bau baby yang sangat best! Nak rasa set berpantang macam Kak Ida guna yang glamur, berkesan dan mudah, hubungi K Ida. Orang Johor yang nak rasa rawatan dari bidan ni, boleh klik link credit di atas.

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382