4 cara yang boleh memperbanyakkan susu ibu?

Untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi buat kali pertama, ibu-ibu yg mencari milk booster, ibu yg masih tak tahu patut menyusukan secara eksklusif atau campur2, ibu yang nekad dan bersungguh hendak menyusukan anak secara eksklusif.. Mari kita buka minda supaya lebih ramai berjaya dalam misi memberikan yang terbaik untuk anak kurnian dan amanah Allah.

Kasih ibu tak berbelah bagi.. Jadi insyaAllah kita antara ibu yang hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak bermula dari dalam kandungan lagi..
Ok.. banyak perkara yang menyumbang pada penyusuan susu ibu hingga berjaya.. 

1. Supply vs demand

Selagi kerap anak kita menyusu, lebih banyak susu bakal terhasil. Semasa dalam pantang, bayi berjaga untuk menyusu kemudian tidur. Jadi ibu amalkanlah On Demand BF. 
Bayi yang banyak tidur & kena kuning, perlu dikejutkan kerana susu ibu bukan saja mengenyangkan malah menyediakan anti bodi yang kuat untuk melawan penyakit. Bayi juga perlu kencing kerap & berak untuk tujuan menyikirkan bilirubin.
Selepas tu, ibu yang berniat untuk menyimpan stok perlu mula mengepam selepas sahaja bayi menyusu untuk menambah supply atau semasa bayi tidur. Susun jadual supaya bayi tetap menyusu secara direct di samping ibu mengepam dan 1-2 minggu sebelum mula bekerja, bayi sudah mula latihan menyusu melalui botol susu menggunakan susu ibu perahan ( ebm ). Janji apply supply vs demand. Jangan stop memberi susu secara terus @ mengepam setiap 3 jam walau di mana ibu berada, bersama atau berjauhan dari bayi.
2. Kesihatan ibu

Jika ibu tak fit, tak sihat, demam, period tetapi tetap mengamalkan konsep supply vs demand, adalah susu ibu tetap maintain sama? Anda sebagai individu yang menyusukan anak, jawablah sendiri berdasarkan pengalaman masing-masing..
Jika ibu xsihat, badan akan penat. Walaupun kita beri susu secara on demand, supply mungkin akan berkurangan. Ini adalah signal yang diberikan badan bahawa kita kekuranga something seperti kurang rehat, kurang zat, antibodi lemah kerana badan sibuk melawan penyakit di samping masih mencuba mengekalkan demand susu.
Salah tak kalau kita mengambil supplemen atau makanan tambahan untuk menambah nutrisi badan yg bekerja keras dan menguatkan antibodi diri yg sibuk melawan penyakit demi meningkatkan kesihatan kita dan seterusnya membantu supaya kita tetap boleh menyusukan anak seperti biasa. Kalau jatuh sakit, ramai pergi klinik ambil ubat tujuannya untuk sembuh dan pulih segerakan. Supplemen pula kita boleh mula mengamalkan sebelum sakit, semasa sakit dan selepas sakit kerana ia adalah makanan tambahan yang membantu mengelakkan penyakit sejak dari awal supaya tidak serius.
Apa makanan tambahan @ supplemen yang dapat membantu dalam menjaga kesihatan ibu dan membantu ibu meneruskan penyusuan? Antaranya..
Vitamin B Complex yang berfungsi menukarkan makanan ke bentuk tenaga & meningkatkan fokus supaya badan ibu mendapatkan tenaga dari pemakanan harian.
Vitamin C yang menguatkan sistem
imun dan membantu melawan penyakit.
Minuman Protein membantu membina sel yang sihat untuk fungsi yang lebih efisyen termasuklah penyerapan vitamin dan zat dari makanan serta membina tubuh.

3. Milk Booster

Jika ibu dah pun apply supply vs demand, mengamalkan cara hidup sihat termasuklah mengambil vitamin, bersenam & tak stress tapi susu sikit sehingga anak memang menunjukkan tanda kekurangan susu seperti mudah berat tak naik, selalu menangis selepas menyusu, ibu boleh mencari dan mengamalkan MILK BOOSTER @ penggalak susu.. Penggalak susu juga makanan tambahan cuma lebih fokus pada susu ibu. Antara MILK BOOSTER yang ibu boleh amalkan adalah
– Alfalfa
– kurma
– brokoli
– pegaga & jus pegaga
– lobak putih
– cheese
– fenugreek

Selain MILK booster untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu, kenal pasti juga makanan yang boleh mengganggu pengeluaran susu ibu. Saya tak akan nyatakan di sini kerana setiap ibu berbeza dan perlu observe sendiri apa yang dimakan dan memberi kesan terhadap pengeluaran susu ibu dan kesan pada bayi.
4. Susu ibu vs tambahan nutrisi?

Adakah susu ibu tanpa amalkan supplemen berbeza dengan susu ibu yang amalkan milk booster atau vitamin. Hakikatnya susu ibu adalah tinggi anti bodi & nutrisi berbanding susu formula dan adalah ciptaan dan rezeki Allah yang tiada tolak bandingannya.
Adakah susu ibu yang mengamalkan vitamin lebih baik dan bernutrisi tinggi berbanding dengan yang tidak mengamalkannya. Ia bergantung pada keadaan ibu & kesihatan ibu itu sendiri. Jika ibu tak sihat, vitamin yang diambil fokus pada membantu kesihatan ibu dahulu. 
Kalau ibu kurang kalsium semasa mengandung, kalsium yang diambil akan disalurkan pada bayi dalam kandungan dahulu dan ibu akan mengalami gejala kurang kalsium seperti cramp, gusi mudah berdarah.
Jika ibu mengambil makanan seperti kacang atau susu lembu sedangkan anaknya alergik terhadap makanan tersebut, kesannya boleh dirasai anak melalui nutrisi yang membentuk susu ibu.
Bayi yang dilahirkan pramatang memerlukan susu ibu yang mengandungi tinggi kalori jadi amalkan makanan tinggi kalori.
Jika memang terbukti melalui pemerhatian dan pengalaman ramai ibu, pengambilan makanan tambahan, milk booster dan makanan alergik memberi kesan terhadap kesihatan ibu dan bayi serta terhadap pengeluaran susu ibu, buatlah keputusan sendiri dan tindakan bijak seterusnya. 

5. Hormon oxytocin

Hormon oxytocin membantu utk mencetuskan let down reflex untuk penyusuan. Jadi kawal stress dan be happy supaya lebih banyak hormon oxytocin dirembeskan. Urusan dan sentusan ransangan turut membantu merembeskan hormon oxytocin dan mencetuskan let down reflex.
Menonton video anak, menatap gambar anak, berzikir, membaca buku kegemaran dan makan makanan favourite membantu dalam menenangkan dan menggembirakan ibu serta memberi rangsangan semasa aktiviti mengepam susu dilakukan.
InsyaAllah semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak kita. Just do our best and Allah will do the rest, insyaAllah.

Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.