Uncategorized

9 Sebab Kenapa Diet Nak Kurus Menjadi Bertambah Gemuk?

Bila bercakap pasal diet nak turunkan berat badan, kita tak boleh lari dari ambil tahu pasal KALORI. Ramai yang gagal walaupun mengamalkan diet yang orang lain buat dan berkesan sebab tak faham apa itu KALORI sebenarnya? Jadi penting gila kalau orang yang berniat nak diet kurus ambil tahu pasal kalori ni. Supaya tidak terjadi sebaliknya! Dari rancang nak KURUS tiba-tiba, menjadi bertambah GEMUK. Saya senaraikan 9 kesalahan kenapa diet KURUS tak menjadi dan kupas jawapannya sekali!

Kesalahan 1: Tak tahu apa itu kalori?

Aktiviti harian memerlukan tenaga dan makanan membekalkan tenaga apabila dibakar! Kalori adalah unit tenaga. Kalori digunakan untuk mengukur nilai tenaga.

berapa kalori kita perlukan

Dari mana datangnya kalori?

Dari makanan. Badan kita wajib dan sangat perlukan kalori untuk menjana tenaga. Malah nak proses makanan yang dimakan untuk menjana tenaga pun memerlukan tenaga. Bila kita makan banyak sangat, tapi aktiviti kurang, kemungkinan besar, makanan akan bertukar menjadi LEMAK dan disimpan dalam BADAN. Inilah yang menyebabkan BERAT BADAN BERTAMBAH jika energy intake lebih dari energy use and out. Paling malang, ia akan membahayakan kesihatan.

Kesalahan kedua : Tak ambil tahu berapa kalori makanan yang diambil semasa diet nak kurus tuu!! 

Kita boleh rujuk “Maklumat Pemakanan” dalam label makanan yang kita beli. Kalau beli nasi lemak tak ada label. :D. Selain tu, boleh juga kira dengan formula ni.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram

Protein: Didarab dengan 4 setiap gram

Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.


Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Kesalahan ketiga : Tak ambil tahu berapa kalori diperlukan untuk kurus dan turunkan berat !

Secara purata, biasanya
Lelaki perlukan 2000-2500 kalori
Wanita perlukan 1600-2000 kalori
Berapa kalori yang kita ambil semasa diet nak kurus ni, sangat bergantung pada berapa KG yang kita nak kurangkan dan aktiviti kita. Boleh guna kalori kalkulator untuk ambil tahu berapa kalori yang kita perlu ambil dalam sehari.

Kesalahan keempat : Tak sedar apa yang terjadi bila kita makan lebih dari sepatutnya?

Setiap 7700- 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. 


Kesalahan kelima : Tak boleh tinggal makanan tinggi kalori walaupun di mulut beriya nak kurus!

Saya kongsikan, kalori makanan glamur dan top rakyat Malaysia :D. 

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : Minuman


1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Kesalahan keenam : Tak rancang dan ambil kisah jumlah kalori yang diambil dalam sehari!

Jom, kita buat kira – kira kalori yang diambil untuk kebanyakan rakyat Malaysia !


Sarapan : Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Minum pagi ( 10 pagi ) :  Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Kesalahan ketujuh : Tak ambil tahu akibat dari asyik terlebih kalori jika tabiat makan kita seperti kebanyakan rakyat Malaysia tadi dan berlarutan selama setahun?


Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).
bagaimana berat boleh bertambah
 

Kesalahan kelapan: Tak nak cuba dan malu beriadah walaupun aktiviti tu boleh bakar kalori?

Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!


Kesalahan kesembilan : Tak sedar berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?

Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.


1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori

9) Ping Pong = 280 kalori
OH MY GOD ! Banyak betul kesalahan yang ramai kita buat sebab tulah diet asyik gagal ja. Tak apa, masih belum terlambat. Kan saya dah jawab semua kesalahan dengan penyelesaian. 
Jadi, pilihlah makanan yang sihat dan kurang kalori jika mahu menurunkan berat badan. Rancang diet anda supaya ia berkesan dan seimbang.  Ambil makanan tambahan a.k.a supplemen untuk membantu proses makanan dengan lebih efisyen. Selain itu, aktiviti riadah adalah sangat membantu untuk membakar kalori anda dengan baik. Seimbangkan kedua-duanya supaya anda masih boleh menikmati hidangan kegemaran anda dan kekal sihat.

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com