Anemia – Kurang sel darah merah – Cepat letih

Anemia adalah keadaan di mana darah yang dhasilkan mengandungi kurang sel darah merah. Tugas utama sel ini adalah untuk membawa oksigen ke seluruh organ badan. Jika kurang sel darah merah berlaku, bermaksud oksigen juga gagal dibawa ke seluruh badan. Akibatnya badan cepat letih kerana badan tak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan oksigen untuk bekerja.

Apa-apa yg mengganggu kitaran normal sel darah merah iaitu 120 hari boleh menyebabkan anemia yg dihasilkan di tulang sum-sum.

Contoh dan faktor anemia:

-kehilangan banyak darah yg berterusan atau tanpa disedari seperti semasa sakit ulser, kemalangan

-sel darah merah yg dihasilkan sememangnya kurang atau tidak berfungsi dgn baik.
Abnormaliti ini mungkin disebabkan oleh kurang mineral dan vitamin yg diperlukan oleh sel darah utk bekerja. Mineral ferum/zat besi dan vitamin b12 dan asid folik sangat penting untuk pembentukan sel darah merah yg sihat.

-pemusnahan sel darah merah
Apabila sel darah merah yg terhasil tidak sihat,ia tidak mampu menahan tekanan kerja dan musnah.

Anemia boleh dikesan melalui ujian darah. Ujian ini juga mampu mengira jumlah dan saiz sel darah seterusnya menentukan atau mengagak punca anemia. Anemia ini di diklasifikasikan melalui saiz sel darah merah:
<80-Mikrositik
80-100-Normositik(normal)
100-Markositik

Jadi jika anda sering menghadapai simpton2 di bawah,segeranya berjumpa doktor untuk ujian darah.

Simpton atau tanda-tanda awal seperti:

  • cepat penat,
  • dada berdebar,
  • pucat
  • tak cukup nafas/nafas pendek semasa bersenam cthnya
  • rambut gugur
  • rasa xsedap hati ja

Rawatan Anemia
Selain mengambil ubat dari doktor, anda boleh

  • perbaiki diet harian. Pastikan diet harian tinggi zat besi, vitamin B12 dan folat. Vitamin C juga perlu kerana ia membantu penyerapan zat besi.
  • pesakit anemia yg kronik memerlukan permindahan darah.

Apa yg kami cadangkan

Trial pek set A yg mengandungi

  • Multivitamin dengan formula zat besi: sangat mustahak untuk pesakit anemia mendapat sumber zat besi dlm diet harian.
  • B complex lengkap dgn semua 8 jenis(B1,B2,B3,B5,B6,B8, B9,B12) termasuk B12 dan Asid Folik yang penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.
  • Vitamic C– 500mg lengkap utk keperluan harian dan bertindak mengikut pelepasan masa. Vitamin C membantu penyerapan zat besi dari makanan.