Rahsia membesarkan empayar Shaklee

Alhamdulillah, dah masuk separuh puasa kita pada tahun ni. Malam ni Nazhan, anak pertama saya ada majlis buka puasa di sekolah agamanya. Ni tahun kedua dia ikuti berbuka dan berterawih di sekolah.

Nazhan sekarang darjah 2. Tahun lepas, baru mula belajar puasa. Puasa di sekolah sebelah pagi. Balik sekolah makan. Hehe.. Tahun ni so far so good. Mampu berpuasa penuh. Setakat hari ni, 2 hari dia tak puasa sebab kami tak jaga untuk sahur. Jadi, kami beri kelonggaran untuk dia berbuka puasa. 
Kalau budak-budak pun boleh. Kita yang dewasa ni lagilah perlu dan mampu berpuasa penuh. Nazhan saya sediakan minuman susu dengan tambahan Mealshakes sebelah malam dan semasa sahur. Untuk kami, Performance Drink sangat membantu mengurangkan rasa dahaga. Ibu pula tambah ESP sebagai bantuan untuk mengekalkan susu ibu untuk Nuh Iman.

Semasa Nazhan berbuka dengan rakan-rakan di sekolah, kami berempat ke Kota Damansara. Berbuka puasa di Kedai Motor Kuasa Tinggi “Dua Roda” milik seorang sahabat sekolah. Ini bukan kedai makan. Hehe tapi kawan sekolah kami ni bekas peserta Master Chef, jadi memang pandai masak. Beliau lelaki ya. So beliau offer untuk sediakan tempat, menu berbeque, desserts dan macam-macam lagi.

Ya Allah memang banyak dan sedap sangat. Terbaik betul tuan kedai, Nik. Beliau juga tokan tudung Neolofar ya. Jangan taktau laki pun jual tudung. Masyuk pula tu.

Majlis berbuka puasa ni sebenarnya untuk boys soksek 95-99. Tapi dah kahwin dengan member sekolah, jadi saya pun dapat hadir sama. Berjumpalah kami dengan wifes pada suami yang bawa isteri. Tak ramai sangat yang bawa family.
Hazlina, wakil Shaklee Sg. Besi

Sedar tak sedar, isteri-isteri sahabat yang hadir tu kebanyakkan adalah customers dan downlines Shaklee saya. Hahaha !!! 
Irma, wakil Shaklee Shah Alam. COD Seksyen 15

Terima kasihlah pada kawan-kawan sekolah yang menjaja nama saya sebagai pengedar Shaklee ya. Ini adalah kuasa marketing media social ya. Hakikatnya saya tak pernah pergi promote face to face atau on the phone dengan mereka. Saya tak pernah arrange meeting untuk sembang pasal Shaklee. Berkat konsisten share pasal apa yang saya tahu dan rasa di media social, mereka notis dan ingin isteri mereka mendapat kebaikkannya juga. Malah, ramai ahli organisasi saya yang sertai ahli selepas membaca blog ini.
Hazel, wakil Shaklee Puchong

Semoga kita jumpa lagi dan terima kasih atas makanan dan ikatan persahabatan. Korang memang best ! Ingat Shaklee, ingat Ida Khairani B-)

By,
Ida Khairani Ahmad
013 488 2382
Wakil Shaklee Shah Alam & Bandar Bukit Raja