Uncategorized

Amalan Ibu Mengandung : Merangsang minda anak dari dalam kandungan

Setiap anak sangat unik dan bijak. Ya memang betul.. Sebenarnya tugas kitalah sebagai ibu bapa untuk merangsang kebijaksaan anak-anak supaya lebih menyerlah. Jadi..sebenarnya kita kena ada tekad dan tanam dalam diri kita supaya tugas penting ni dapat dipikul dan menjadi keutamaan demi masa depan anak-anak.

Apa yang boleh dibuat untuk merangsang anak sejak dari dalam kandungan?

Since baby dalam kandungan bergantung sepenuhnya nutrien dari ibu, jadi ibu yang mengandung haruslah menjaga pemakanan. Pastikan..
-halal dan bersih
-mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protin
-pengambilan minyak ikan (omega) membantu perkembangan otak baby
EPA dan DHA dalam minyak ikan yang berkualiti menyumbang pada perkembangan bayi yang sihat
2. Banyakkan ibadat

Nak dapatkan anak yang soleh dan solehah, berakhlak mulia, mendengar kata, sebaiknya kita sendiri perlu mendekatkan diri dengan Allah dengan sentiasa mengingatiNya
-memohon ampun dan bertaubat
-melakukan kebajikan dan meninggalkan larangan
-suami isteri banyakkan solat dan puasa sunat
-banyak baca Al-Quran
-amalan membaca Surah Al-Fatihah, Yassin, At Taubah, Yusof, Luqman, an- Nahl(ayat 78), al -A’raf(ayat 189) antaranya dapat membantu memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh
3. Doa dan amalan bacaan Al- Quran
Mesti taukan doa adalah senjata umat Islam.. Jadi gunakannya dengan sekerap dan sebaik mungkin. Allah suka hambaNya yang berdoa dan mengingatinya
– kerapkan berdoa untuk mendapat anak soleh dan solehah
– amalkan al-Fatihah, al-Insyirah dan ayat Kursi
– suami pun turut sama membaca surah2 amalan dan doa serta dihembuskan pada perut
– al Fatihah adalah ibu Al Quran
– al Insyirah untuk melapangkan hari dan fikiran
– ayat Kursi menghalau gangguan syaitan
– apabila hati terang dan lapang, insyaAllah anak mudah menerima pelajaran. Amalan patut diteruskan sehingga anak sudah lahir, ketika menyusu dan sepanjang pembesaran.
4. Sentuhan kasih
Belai perut anda dan bersembang dengan bayi anda.
-ada pendapat yang mengatakan rutin ini dapat merangsang kandungan dengan efektif
– perkembangan otak bayi sangat ripid pada usia kandungan 6 bulan ke atas jadi rajin-rajinlah berkongsi cerita dengan bayi  dalam kandungan ketika ini.
-ucapkan betapa anda rindu ingin bertemunya dan banyakkan nasihat..
5. Kawal Emosi
Percaya tak tingkah laku yang baik ibu, boleh mempengaruhi kandungan?
-cuba sentiasa tenang
-jangan suka marah dan mengikut perasaan
-tingkah laku kita boleh mempengaruhi sikap anak pada masa hadpan
– jika kita sentiasa riang, ia berupaya merangsang perkembangan otak dan melahirkan bayi yang sihat, pintar dan cerdas
6. Muzik Klasik
Muzik klasik yang menenangkan memiliki nada yang harmoni. Keadaan ini mampu menjana gelombang alfa.
-gelombang alfa menimbulkan ketenangan
-insyaAllah, anak akan lebih fokus dan senang memberi tumpuan
7. Pengetahuan Asas
Dari dalam perut pun, baby boleh belajar..Kenalkan perkara-perkara basic supaya kelak ia boleh recall balik
-boleh baca buku
-boleh ajar mengira 1,2,3 , mengajar A.B,C
-terang dan gelap
– ransangan deria rasa melalui sentuhan, goncang perut perlahan-lahan
-bercakap dan rakaman suara ahli keluarga
8. Matematik
Dikatakan orang Yahudi akan mengambil kelas matematik atau membuat latihan metamatik sewaktu mengandung.. itu antara faktor orang mereka ramai yang bijak2.. Jadi..
-banyakkan kira-kira
-lakukan latihan matematik mudah hinggalah ke sukar
-main sudoko 😀

Jom kita berusaha melahirkan generasi bijak pandai..




Untuk Vitamin Ibu Mengandung klik link
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂