Amalan berpantang, kaedah dan kebaikannya.

Urutan
Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.

Bertungku
Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

Bertangas
Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.

Berbengkung
Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.

Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi.  Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.

Memakai param dan pilis
Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Minum jamu
Jamu dapat memanaskan badan, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Namun, makan jamu haruslah berpada kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepanasan kepada bayi yang menyusu badan.

Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah yang turut menyumbang kepada kesihatan ibu dari dalaman iaitu set berpantang Shaklee.
Set berpantang Shaklee terdiri dari
Vitamin C– untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktir otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan.
Vitalea –  dengan formula zat besi berfungsi untuk menghasilkan darah yang sihat. Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang.
B Complex –  Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin.

Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut.

Harga untuk Set Berpantang Shaklee sepanjang 40 hari berpantang adalah RM1**, termasuk pos.
Jika anda nak lebih lagi, boleh tambah Alfalfa untuk 80 biji dengan hanya RM10.
Alfalfa: merupakan penggalak pengeluaran susu dan membekalkan 15 mineral, 10 vitamin gentian(fiber) dan tinggi protein. Membantu pelawasan dan membuang angin dari badan.
 
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂