9 Tip Bantu Kurus Lebih Cepat Di Bulan Puasa

Berpuasa membantu kita untuk menahan diri dari lapar dan dahaga di siang hari. Yang bestnya, ramai yang berjaya turunkan berat dan kurus menjelang hari raya. Jadi, macam mana mereka ni berjaya puasa dan kurus sedangkan ada yang gagal dan bertambah berat? Apa rahsia mereka?
Ya, ini saya pecahkan rahsia kurus lebih cepat di bulan puasa. Tak susah, senang ja pun. 
9 Tip Kurus Cepat di Bulan Puasa
1. Kenali metabolisme kita
Ada orang yang makan banyak pun tak apa, badan cergas bertenaga dan maintain kurus. Maknanya kadar metabolisme tinggi. 
Ada yang makan biasa tapi susah nak turun atau maintain berat badan ideal. Jadi mereka yang jenis ni kadar metabolisme rendah. 
Tahu tak ada makanan tertentu yang secara semulajadi membantu meningkatkan metabolisme kita. Ini cadangan saya anggur, epal, almond, green tea, bayam dan yogult rendah lemak serta serbuk rempah ratus seperti serbuk kari dan kayu manis. Selain tu, boleh ambil supplemen seperti B Complex yang bantu meningkatkan kadar metabolisme di mana membantu proses menukarkan makanan kepada tenaga dengan lebih efisyen. 

2. Awasi gula, minyak dan lemak

Kata nak kurus.. Makanan yang tinggi gula, banyak minyak dan lemak akan buat diet kita fail. Matlamat nak cepat kurus kita confirm gagal. Baju kita tempah akan sendat. Jadi, agak-agaklah ya. Berita baik, makanan tak berminyak, kurang lemak dan kurang manis juga sedap dan mengenyangkan.

3. Lewatkan sahur

Melewatkan sahur memberi kita lebih pahala. Baikkan Allah pada hambaNya. Jadi rugi kalau tak rebut. Malah, ia bantu kita kenyang lebih lama. Jadi tak adalah kita kebulur dan berbuka puasa mengikut nafsu sangat. Pilih menu sahur yang low G.I seperti minuman protein ESP yang bantu lepaskan gula perlahan jadi kita kenyang dan bertenaga lebih lama. Perut pun tak menggelegak lapar dan ESP turut mengurangkan simptom gastrik dengan berkesan.

4. Hadkan pengambilan air manis

Air manis buat kita lebih dahaga. Bila berbuka hadap lagi air manis. Tambah lagi gula dalam darah. Saya minum juga tapi tak banyak. Walaupun berbuka dengan air manis, selepas tu saya banyak minum air kosong dan Performance Drink sahaja.

5. Saiz Hidangan

Untuk diet, ideal saiz hidangan kita adalah segenggam nasi, setapak tangan protin ayam, daging atau ikan dan separuh pinggan sayur. Ini untuk yang nak kuruskan badan ya. Untuk kanak-kanak yang sedang membesar lain.

6. Berbuka Puasa dengan Tenang

Jangan gelojoh. Kunyah lebih lama. Seeloknya 40 kali kunyahan. Ini membantu makanan lebih mudah dihadamkan. Ambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk makan hingga habis menu makan malam kita. Lebih afdal kalau berbuka dengan kurma dan air sekejap, solat Maghrib dahulu dan kembali untuk menikmati menu berbuka dengan lebih tenang. 
Ada orang yang tak suka buah tamar @ kurma. Hmm..selain sunnah nabi, ia makanan yang tinggi protein dan banyak serat. Sangat sesuai untuk membantu menurunkan berat juga. Jadi, belajarlah makan buah tamar ya. Mula dengan separuh atau sebiji dahulu. Ada macam-macam jenis tamar ni. Tak suka yang ini, kita cuba jenis lain pula. Pasti ada yang menepati citarasa kita.

7.  Ambil makanan bernutrisi

Waktu bulan puasa, kita makan kurang dari biasa. Macam kita berdiet turunkan berat jugalahkan. Amat penting kita pilih makanan yang bernutrisi supaya masa berpuasa kita tetap cergas dan tak flat. Jadi, masa berbuka hingga bersahur jangan hanya makan junk food dan fast food. Junk food dan fast food bukan saja tak berkhasiat tapi kalori tinggi. Buat tambah gemuk ja. Rugi rugi..
Selain bernutrisi tinggi, cinch shake sangat sedap dan bantu kurus lebih cepat juga!

8. Minum air secukupnya.

Minum air kosong 8 gelas sehari tidak lagi mustahil kalau kita boleh follow tip ini. 

9. Senaman

Eh tak laratlah bulan puasa nak bersenam. Tak posa pun tak buat. Kakaka !!! Jangan begitu.. Nak kurus tak? Nak tak? Apa kata, kita tawaf Pasar Ramadhan 18x tanpa membeli. Apa kata jalan kaki ke masjid untuk tunaikan terawih. Terawih pula dari 8 rakaat terawih kita up ke 20 rakaat. Pahala pun dapat. 
Tak sanggup? Ingat misi nak kurus dan cantik juga sihat di hari raya nanti! Ini semua sesuaikanlah dengan hidangan yang kita dah makan waktu berbuka dan more tu. Makan banyak, exercise banyak. Makan sikit, senaman minima ja.
Sekian, 9 Tip Bantu Kurus Lebih Cepat di Bulan Puasa ni!
By,
Ida Khairani