6 sebab kenapa perlu ambil supplemen

Sejak saya kecil, saya memang jarang demam. Selsema tu biasa. Jadi kenapa perlu ambil supplemen bila kita sudah makan makanan berkhasiat, real food, bersenam dan sihat serta jarang sakit ? Biasanya bila dah sakit baru orang cari penawarkan. Jadi kenapa perlu ambil supplemen bila kita jatuh sakit? Walaupun dua kes berbeza, supplemen boleh menjadi jawapannya.

6 sebab kenapa perlu ambil supplemen walaupun masih sihat untuk elak sakit kronik?

Kenapa perlu ambil supplemen? 
1. Sebab kurang nutrisi melampau boleh bawa penyakit kronik!
Supplemen, makanan tambahan atau vitamin boleh dapat dari macam-macam sumber. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh. Akibat kurang nutrisi penting secara melampau boleh beri kesan yang teruk pada badan contohnya penyakit rickets dan scurvy. Ini jadi sebab kenapa perlu ambil supplemen!

Kenapa perlu ambil supplemen? 
2. Sebab kekurangan nutrisi yang berpanjangan boleh bawa kesan jangka masa panjang!
Penyakit scurvy dan rickets jarang kat Malaysia ni sebab rakyat Malaysia masih boleh dapat nutrisi dari makanan kita yang mewah! Tapi betulkah dah cukup dan perfect? Walaupun tak nampak kesan serta merta jika masih kurang, yang lebih menakutkan kurang nutrisi sedikit demi sedikit tinggalkan badan kita kurang berdaya upaya untuk melawan penyakit yang lebih bahaya dalam jangka masa panjang. Kita mungkin terdedah pada sakit jantung, kanser pada masa depan. Sebab tu kita kena tampung awal-awal dengan supplemen supaya badan boleh melawan penyakit merbahaya.
Kenapa perlu ambil supplemen? 
3. Sebab makanan ‘segar’ kita mungkin kurang nutrisi sejak awal lagi.
Eh, kat Malaysia ramai yang sangat concern dan berjaya pilih makanan yang segar dan berkhasiat. Tak cukup lagikah makan dan pilih buah segar, sayur dan makanan bijian penuh semasa sarapan, lunch dan makan malam, mesti dah cukupkan? Malangnya ia bukan jaminan. Jika makanan segar kita ditanam di tanah yang kurang subur dan kurang mineral, hasilnya juga kurang nutrisi seperti kita harapkan. Oleh kerana itu, kita perlu ambil supplemen untuk tampung apa yang kurang dari makanan harian kita.
Kenapa perlu ambil supplemen? 
4. Sebab makanan kita yang layu mengurangkan lagi nilai nutrisi sebenar.Lebih malang, makanan segar yang kita harapkan, mungkin tidak lagi segar dan semakin berkurang nilai nutrisi sebelum masuk ke perut kita. Penurunan nilai nutrisi berlaku semasa beberapa PROSES.. Berapa hari sejak ia dipetik sebelum sampai ke rumah kita? Semasa proses penyimpanan.. Berapa hari pula sayur dan buah tu ada dalam peti ais kita? Semasa proses memasak.. Berapa lama pula kita masak ayam dan sayur? Sampai layu.. Pada suhu tinggi.. Semua proses ni menambah lagi kekurangan nutrisi pada makanan kita… Walaupun kita tetap kenyang bila makan.
sebab kenapa perlu ambil supplemen bila kita makan sayur layu

Kenapa perlu ambil supplemen? 
5. Sebab emosi dan fizikal yang stress meningkatkan keperluan nutrisi.
Lebih memburukkan keadaan, bila kita makan pun, badan kita tak dapat menggunakan semua sisa-sisa nutrisi yang ada tu sebaiknya. Kenapa pula? Sebenarnya, emosi dan fizikal stress mengundang sistem imun untuk bertindak. Makanya, bila penyakit sebenar datang, badan tak cukup kuat nak lawan.. Kesannya kita terdedah pada penyakit yang pelbagai termasuklah selsema, ulser hingga yang lebih serius seperti penyakit jantung jika kita tak ambil supplemen untuk cukupkan nutrisi.
Bila badan stress kita memerlukan lebih lagi nutrisi terutama vitamin larut air iaitu b complex dan vitamin c. Jadi, sah-sahlah ia menjadi sebab kenapa perlu ambil supplemen lebih lebih lagi bila keadaan diri tertekan.
Kenapa perlu ambil supplemen? 
6. Sebab semakin berumur, simpanan nutrisi semakin berkurang!
Bila kita semakin berusia, kebolehan bekalan simpanan nutrisi semakin berkurang. Faktor usia juga menyebabkan badan kurang upaya nak tukar dan guna nutrisi sebaik mungkin padahal waktu ni, badan sangat perlukan bekalan nutrisi tambahan.
Kalau anda masih berkira-kira mahu atau tidak, masih takut nak ambil supplemen, mulakan dengan multivitamin. Banyak manfaat dengan hanya 1 kapsul sahaja. Keadaan kesihatan dan kecergasan kita sekarang juga boleh jadi petunjuk awal sama ada kita kekurangan nutrisi atau tidak. Jangan ambi mudah akan petunjuk seperti mudah letih, tambah berat, tidak ‘perform’, tidak fokus dan tidak subur.
Macam saya, walaupun saya jarang sakit tapi saya cepat penat. Demi anak-anak dan kebahagian rumah tangga, saya jadikan ia sebab kenapa perlu ambil supplemen. Hasilnya Alhamdulillah, saya sekarang jauh lebih bertenaga, tenang dan sihat dari dahulu.
Ida Khairani