5 Sebab Best Untuk Mendaki Bukit Broga

Ahad lepas kami bersama keluarga Shaklee, iReach telah berjaya mendaki Bukit Broga dengan segerombolan mak-mak, bapak-bapak dan anak-anak kecil. Asalnya ingat mudah ja, rupanya mencabar juga. Bukit Broga ni memang glamur kengkonon ingat mudahlah. Haha!! Jadi lebih baik mendaki dengan kawan-kawan dan keluarga untuk sokongan moral dan bantuan kecemasan.


5 Sebab Apa Yang Best Sangat Sampai Kami Pilih untuk Mendaki dan Tawan Bukit Broga
.

1. Bukit Broga ni antara bukit yang agak mudah dan ramai orang. Jadi, insyaAllah kita akan sentiasa jumpa orang dan tak akan keseorangan. Kami dengan anak-anak kecil dan banyak pit stops boleh sampai dalam 1 jam setengah, apa lagi kalau tanpa anak, mesti lagi laju.

2. Laluannya ada yang mudah dan ada yang mencabar. Bila kita rasa susah untuk anak-anak, sebenarnya mudah ja bagi mereka. Anak-anak kami pecut lagi laju dari mak pak dia. Mereka enjoy pendakian yang mencabar tu macam sedang main di padang mainan ja. Pastikan pakai kasut yang sesuai.

3. Pemandangan yang sangat cantik dan kepuasan yang tidak terhingga bila dapat sampai ke puncak. Apalagi dengan anak-anak kecil. Kesyukuran yang tidak tergambar kerana Allah permudahkan untuk kami.

4. Aktiviti luar dari kebiasaan untuk anak-anak bandar kita. Tak sangka rupanya anak kita suka outdoor dan adventure selagi kita tak dedahkan. Anak kami rupanya sangat suka hiking. Bolehlah bawa p hiking lagi lepas ni.

5. Ini adalah training untuk pendakian lain. Sebenarnya sejak di universiti, saya teringin nak daki Gunung Kinabalu. Hmmn…lepas berumah tangga dan anak ramai ni, macam semakin jauh ja impian tu. Memikirkan anak-anak yang tiada sapa nak jaga sebab mereka rapat dengan saya. Selepas berjaya daki Bukit Broga, lega sangat sebab impian memanjat gunung dahulu macam dah tercapai walaupun ia adalah Bukit Broga bukan Gunung Kinabalu.  😀

Aktiviti mendaki Bukit Broka ni pasti menguji stamina dan kekuatan otot dan tulang. Jadi kami ni yang sah-sah ahli Shaklee, memang dah ambil Ostematrix kalsium sebelum mendaki juga Collagen untuk sendi. Bekalan air Performance Drink juga kami bawa untuk beri kesegaran dan hilangkan dahaga. Bila badan dah sihat dan Allah izinkan semuanya jadi mudah insyaAllah.

Ingin sertai iReach Shaklee bersama kami, hubungi saya ya.

Jemput layan video pendek ini.

 Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani  ( 846056 )
Phone : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC