5 risiko bahaya air kosong pada bayi bawah 6 bulan

Sejak dari tuk nenek mak kita lagi sering disyorkan bagi bayi air kosong kononnya nak cuci mulut bayi dari tompokan susu. Ramailah antara mak mak zaman sekarang tetap ikut petua bagi air kosong ni. Malangnya tindakan ni boleh mengundang bahaya.

Hakikatnya bayi yang berusia bawah 6 bulan cukup hanya disusui dengan susu ibu. Susu ibu sendiri mengandungi 88% kandungan air dan selamat. Kesan putih pd lidah bayi tu boleh ja dihilangkan dengan mengelap dengan tuala lembut yg dicelup air terlebih dahulu.
Selain tu, ada juga yg beri air kosong pada bayi kerana hendak merawat jaundis / kuning. Jaundis biasa juga boleh dirawat dengan susu ibu. Susu ibu membantu melancarkan pencernaan seterusnya menyingkirkan bilirubin dengan cepat melalui air kencing dan tahi.
Walaupun air kosong nampak simple tapi ada garam mineral didalamnya. Buah pinggang bayi yg masih kecil dan belum matang berisiko untuk memprosesnya. Memberi air kosong boleh menyebabkan badan bayi mengeluarkan garam kesan dari cecair berlebihan. Apabila kehilangan garam, aktiviti otak bayi boleh terjejas. Nampak simple kan.. tapi ia sangat berisiko.
Kalau kita kerap bg air kosong, perut
kecil bayi cepat kenyang. Ini boleh effect demand terhadap susu ibu menurun. Lama2 susu kita pun berkurang dan boleh jadi punca kegagalan utk penyusuan susu ibu hingga usia 2 tahun.

5 perkara bahaya akibat beri bayi minum air kosong sebelum usia 6 bulan termasuklah ..
1. Mengancam nyawa
Air kosong yg kita beri ada kemungkinan mengandungi kuman jika sumbernya dicemari dan tidak selamat. Kuman mendedahkan bayi pada risiko cirit birit jika amalan kebersihan tak diamalkan.
2. Menghakis pelindung penyakit

Air kosong yg kita bagi pada bayi boleh
menghakis salutan pelindung penyakit yg dihasilkan oleh susu ibu. Jadi risiko utk bayi terdedah pd pelbagai penyakit meningkat apabila sistem imun telah dirosakkan.
3. Menyebabkan sawan tarik
Bayi yg berumur bawah 5 minggu dan minum air kosong banyak sangat berisiko untuk alami sawan tarik. Ini kerana amalan minum air kosong mencairkan garam dalam badan dan menurunkan suhu.  Jadi kembung dan sawan tarik boleh terjadi. Sindrom ni dipanggil oral water intoxication.
4. Merencatkan tumbesaran
Oleh kerana bayi dah minum byk air kosong, permintaannya terhadap susu ibu berkurangan. Perut bayikan masih kecil. Jadi mereka cepat kenyang. Hasilnya mereka telah kekurangan nutrisi yang sangat banyak dari susu ibu untuk tumbesaran. Air kosong pula tidak
mengandungi sebarang khasiat.
5. Menjejaskan akal
Bayi jika diberikan air kosong seawal usia kelahiran, boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Jadi mereka lebih mudah mendapat kuning. Jika bayi yang memang jaundis diberikan air kosong, menurut pakar laktasi Kanada, Anne Kirkham boleh memburukkan lg keadaan hingga boleh menyebabkan terencat akal.:O
Bahayakan.. Jadi ibu ni memang kena rajin membaca dan explore, baru kita tahu lebih banyak demi kebaikkan anak-anak. Bukan hanya menerima sahaja petua orang tua-tua. Nak beri air kosong tak ada masalah selepas usia anak 6 bulan tapi masih berpada sebab tak nak mereka cepat kenyang. Lepas dah setahun, bolehlah beri air mengikut kesesuaian mereka. 😉 … Termasuklah nak mix dengan minuman sihat Meal Shakes yang kaya vitamin, protein dan serat untuk membantu tumbesaran mereka.

By: 
Ida Khairani
admin@mysupervitamins.com
Shaklee ID 846056